Assalamualaikum!
Hrmmm,
Macam familiar je nama ni.
Kalau rajin, pi cari naskah Al-Mathurat,
Beliaulah yang menyusun susunan ayat Al-Quran dan bacaan doa dalam Al-Mathurat.
Saja bagitau, kalau anda pernah baca Al-Mathurat lah..
Ada sesetengah daripada kita kenal Imam Syahid Hasan Al-Banna setakat itu sahaja.
Syahid pejuang Ad-Din ini sentiasa menjadi pembakar semangat pendakwah dan pejuang Islam sehingga sekarang.
Mungkin anda lebih mengenali Micheal Jackson,
Walaupun kematiannya hanya heboh untuk beberapa ketika.
Saya tidak kesah anda kenal HAB(Hasan Al-Banna) ataupun tidak,
Tapi saya ingin sangat2 semua orang tahu perjuangan yang dilakukan Mujahid ini,
Kalau anda berfikiran Ikhwannul Muslimin yang berada di Mesir sekarang adalah pengganas yang hanya mahukan kuasa,
saya harap anda tidak berfikiran begitu lagi.
Jadi ingin saya kongsikan ringkasan kisah hidup beliau.
Dilahirkan di Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir 1906.
Ayahnya seorang ulama fiqh dan hadith bernama Syeikh Ahmad al-Banna.
Sejak kecil lagi beliau sudah menunjukkan kecerdikkan otaknya.
Ketika berumur 12 tahun, sudah menghafal separuh isi Al-Quran.
Abinya terus mendorong anaknya untuk melengkapkan hafalannya.
Sejak itulah HAB yang masih kecil ini membahagikan kegiatan hariannya kepada empat,
Siang untuk belajar,
petang untuk belajar membuat dan membaiki jam di kedai ayahnya,
malam untuk study hingga masa tidur,
Selepas subuh, digunakan untuk meneruskan hafalan Quran.
Disiplin yang diinitiative oleh dirinya melayakkan dirinya untuk mencapai berbagai kejayaan.
Pada usia 14 tahun, lengkap sudah hafalan Al-Quran.
Beliau tamat bersekolah dengan kejayaan pelajar ke-5 terbaik di Mesir.
Kemudian menyambung pelajaran di perguruan tinggi Darul Ulum.
Terdapat satu kesah ni,
ketika berumur menengah rendah lagi,
HAB mampu menyelesaikan masalah dengan professional,
Satu hari, setelah selesai sekolah,
pergilah Hasan bersama pelajar lain pergi ke musolla kampung.
Tatkala azan berkumandang, mereka pun pergi menyerbu kolam air tempat wuduk.
Tiba-tiba ada seorang imam menghalau mereka
kerena khuatir air wuduk akan habis oleh kanak-kanak tersebut.
Banyak yang lari dan hanya sebilangan kecil yang terus berwuduk.
Melihat keadaan itu,
Hasan mengambil secebis kertas dan menulis ayat
yang diakhiri dengan satu ayat Al-Quran,
"Dan janganlah kamu mengusir orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedang mereka menghendaki keridhaan-Nya."
(Q. S. Al-An'aam: 52).
Walaupun Hasan dan rakannya dihalau dan diherdik oleh imam tadi,
Hasan menyerahkan kertas itu denan penuh hormat kepadanya.
Tersentuhnya hati imam tersebut sehinggakan
pada hari yang berikutnya, dia berubah sikap terhadap 'ronbongan kanak-kanak'.
Selain berpakat untuk mengisi balik kolam wuduk, pelajar tadi juga
menggumpulkan dana untuk membeli tikar baru untuk musolla itu.
MashaAllah!
Berumur 21 tahun, HAB menghabiskan pengjiannya di Darul 'Ulum dan menjadi guru di Isma'iliyah.
Ketika itu, HAB amat perihatin akan kelakuan Inggeris yang memperbudak umat Islam.
Masa itu jugalah umat Islam menerima goncangan hebat setelah jatuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniyah di Turki.
Tidak cukup lagi dengan itu, Mustafa Kamal Attartuk telah merosakkan ajaran islam di sana.
Para ulama di penjarakan.
Itulah kejadian yang disaksikan oleh Hasan Al-Banna ketika usia muda.
Maka,
Bermulalah dakwah HAB mengajak orang untuk memerangi Jahiliyyah (ketidaktahuan)
yang merupakan punca kejatuhan umat Islam.
Dakwahnya yang bermula dengan beberapa pelajarnya.
Kemudian di kedai-kedai kopi.
Dengan per
dengan menggumpul golongan rakyat biasa
terdiri daripada doktor, ilmuwan, ulama dan petani.
Golongan daripada orang biasa inilah beliau membina Muslim yang islam sudah bertunjang di hati.
Ketika peperangan antara Arab dan Yahudi (1940's), dari seluruh Pasukan Gabungan,
pejuang sukarelawan Ikhawanlah yang paling ditakuti Yahudi.
Begitu jugalah keadaan semasa Salahudin mengetuai tentera Islam dalam Perang Salib,
"Bagaimana kami nak menang kalau bertarung dengan orang memang mahu mati?"
Begitu takut musuh terhadap tentera Islam masa itu.
Pada saat Yahudi berada di ambang kekalahan,
Datanglah Amerika, the so called 'penyelamat' campur tangan
dengan mengugut pemerintah Mesir.
Mereka mengugut akan mengebom Mesir sekiranya mujahid Ikhwan tidak ditarik pulang.
Berlakulah pengkhianatan yang sangat besar untuk digambarkan.
Seperti yang berlaku sekarang di Mesir,
mujahid yang ikhlas berjuang atas jalan Allah di penjarakan dalam tahanan militari,
Kecuali Hasan Al-Banna,
pengkhianat ini tahu HAB akan menyebar dakwah lagi dalam penjara nanti.
Tidak lama kemudian, Imam Syahid Hasan Al-Banna mati dibunuh dalam peristiwa yang dirancang oleh pengkhianat.
|
Sayyid Qutb dipenjarakan oleh pejuang Batil |
Penegak Batil ini ingat mereka berjaya menyelesaikan masalah mereka.
Kematian Hasan Al-Banna membangkitkan ramai pendakwah di seluruh dunia.
Tokoh Islam seperti Sayyid Qutb bangkit selepas kematian HAB
dan menghasilkan tafsir Fi Dzilaalil Quran (Di Bawah Lindungan Al-Quran).
Tafisiran tersebut menjadi rujukkan bagi kebanyakkan terjemahan Al-Quran,
dan tafsir Al-Azhar karya HAMKA.
Temasuk admin sendiri turut inspired. :')
|
Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) |
Nampaknya pejuang batil telah membangkitkan lebih banyak masalah.
Daripada kisah usia kanak-kanak beliau lagi sudah dapat kita lihat
tanda-tanda yang dia akan menjadi manusia berbakti dewasa nanti,
Dalam kesempatan ini juga saya ingin berpesan,
Usia mudalah usia yang paling bagus untuk membentuk diri kita,
Juga telah dibuktikan oleh Ibn Sina, Ibn Khaldun, Imam Syafie.
Kita lihat pada diri kita balik,
Usia muda,
nak maiiin2 je, baca Quran tak nak
berebut2 nak cari couple, cari hidayah tak nak
tergila-gilakan artist hiburan yang melalaikan, Nabi sendiri pun tak kenal.
Perjuangan Ikhwanul Muslimin bukanlah sekadar mahu balik memerintah,
tapi ingin membela nasib ummat Islam dalam zaman yang penuh fitnah dari musuh-musuh Allah
Semoga Allah menempatkan Imam Syahid Hasan Al-Banna bersama pejuang Islam yang syahid pada zaman Nabi Muhammad.
Semoga kisah ini mnjadi inspirasi kepada kita semua untuk mendalami Ad-Din.