Mungkin kebanyakkan dari kita ni pernah tengok cerita The Last Samurai. (sendiri pun tak tengok lagi).
Masa kat sekolah dulu, pernah belajar pasal kerajaan2 Islam zaman dulu. Belajar mengenai Khalifah Saidina Abu Bakar sehingga Khalifah Abbasiah.
Jangan meguap dulu ye..
Saya tahu, ramai yang masa belajar bab ni rasa mengantuk dalam kelas. Semua kena hafal. Saya sendiri pun tak pernah sedar yang bab ni masok (tidur dalam kelas)
Apa kata kali ini kita menyelami cerita The Last Ottoman (Uthmaniyyah) Caliph.
Pada suatu malam, Sultan Abdul Hamid, Khalifah Kerajaan Uthmaniyyah pada masa itu, meluangkan masa bersama keluarganya. 9 lelaki dan 7 perempuan, kediamannya meriah dan baginda sangat sayang akan keluarganya.
Tiba-tiba, pintunya diketuk, hairan, malam-malam pun ada lagi orang nak datang ke?
Yang tiba dirumahnya adalah sekumpulan manusia.
Sultan Abdul Hamid II |
Yang menjadikan perkara lebih rumit, bersamanya juga terdapat rakan seperjuangannya, Aram Efendi iaitu wakil Rakyat Armenia
Laz Arif Hikmet Pasha, Anggota Dewan Senat dan pemimpin Armada Uthmaniyyah
Arnarut Esat, Wakil Rakyat Bandar Daraj.
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?” Baginda merasakan tidak selesa dengan kedatangan mereka yang terburu-buru.
"Ummat telah memecat kamu"Perkataan itu keluar dari mulut Pasha selaku pemimpin Armada Othmaniyyah yang hebat dan selaku saudara seagama dengannya.
"Apakah mereka sedar apa yang mereka lakukan?" bisikkan hati khalifah islam itu.
"Jika benar ummah telah menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?" sambil menunding jari kat lelaki Yahudi yang bersama mereka. Muka Sultan Abdul Hamid sudah kemerahan menahan marah.
Sultan Abdul Hamid sudah kenal sangat dengan lelaki yang bernama Emmanuel itu. Lelaki itulah yang bersekongkol dengan Theodore Herzl dalam cubaan untuk menempatkan Yahudi di tanah suci Palestin. Pelbagai cubaan digunakan oleh mereka. Walaupun mereka menawarkan bayaran yang lumayan untuk membeli dan menyewa tanah Palestin, Khalifah islam sejati itu tetap tidak menolak tawaran mereka.
"Sesungguhnya aku tidak tahu, siapakah yang sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu" -Diari Sultan Abdul Hamid
Bagaimana anak-anak buahnya dapat dipengaruhi oleh orang Yahudi sehinggakan mereka sanggup menikam saudara sendiri dari belakang dan menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah yang sudah berdiri selama 600 tahun.
Yang pasti, perancangan ini bukan dilakukan dalam sehari dua. Beberapa Jumaat sebelum malam itu, nama Sultan Abdul Hamid tidak disebut lagi dalam khutbah menujukkan Khalifah Islam itu sudah tidak dihargai lagi.
Kesian anaknya terpaksa melihat kejadian pada malam itu, kejatuhan seorang Khalifah Islam oleh sahabat seagama dan seakidah dengannya. Sultan Abdul Hamid segera menyuruh anaknya masuk ke bilik.
“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”. Kehidupan keluarganya yang dibimbangkan setelah merasakan tidak terdaya lagi untuk baginda menolak keputusan rombongan itu.
Tidak cukup lagi dengan pemecatan baginda,
Mereka sekeluarga dihalau keluar dengan hanya membawa sehelai dua pakaian menuju ke stesen kereta api untuk dibuang negara ke Salonika, Greece.
Peristiwa pada malam itu telah melemahkan kekuatan islam. Seorang pemimpin islam yang beriman tidak berkuasa lagi untuk melindungi ummah.
BOOM! BOOM! BOOM!
Meriam diletupkan sebagai perasmian Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Beliau tidak ada kuasa, hanya sebagai umpan untuk menahan pemberontakan membantah penggulingan Sultan Abdul Hamid.
Dalam kereta api yang menuju ke Salonika,
"Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang
mereka lakukan kepada umat Muhammad ini"Ungkapan daripada khalifah islam terakhir itu kepada seorang anak perempuannya sambil menitiskan air mata.
Tidak sangka Yahudi itu dapat mempengaruhi, bukan sahaja orang2 besar, malah ummah untuk menjatuhkannya.
Setelah tiba di sana, mereka dikurung dalam istana Yahudi yang buruk dan tidak berperabot. Mereka juga dilarang untuk membuka pintu dan tingkap. Disangkakan kehidupan mereka tidak akan diganggu lagi kat situ.
1912,
Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, tapi bukan bersama anaknya. Anaknya dipisahkan ke Perancis dan dibiar menjadi pengemis yang merempat di jalanan.
Di Istanbul, Khalifah Abdul Hamid dipenjarakan selama 6 tahun lagi.
“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal” bisik seorang doktor yang datang untuk merawat Khalifah yang dalam keadaan tenat akibat penyakit asma.
Tidak tertahan perasaan doktor itu melihat renungan mata Khalifah Islam yang akan menemui ajal di tangannya.
10 Februari 1918,
Sultan Abdul Hamid II menghembuskan nafasnya yang terakhir di Istana Beylerbeyi.
Pemergian Khalifah Uthmaniyyah yang terakhir menyebabkan seluruh penduduk Istandul bersedih kerana kebodohan mereka telah melumpuhkan Kerajaan Khalifah Uthmaniyyah selapas pemergian baginda 10 tahun yang lepas.
----------------------------------------------------
Tergamak hati mereka untuk menikam dan menembak saudara seislam sendiri dari belakang. Mereka bukan sahaja telah menzalimi sebuah keluarga yang tidak berdosa, malah menggadaikan tanah suci Palestin dan mendedahkan tanah2 islam yang lain turut dengan permainan keji Yahudi dan sekutunya.
Bagaimana mereka dapat menjatuhkan Khalifah Uthmaniyyah yang terakhir ini? Stay Tuned :)
No comments:
Post a Comment