Monday, September 16, 2013

BAGIKAN AKU YANG TERBAIK YAA ALLAH!!

Oh dunia!
Seronok hati bila diceritakan mengenai keindahan dunia yang tidak terkira.

Kpop? Best nye!!!! Rasa nak menari sekali!
JB!! My boyfren tue!!!
Ada movie baru? Jom tengok semua!!
Ada prempuan lawa? Nak ambik jadi kapel lah!
Ada lelaki hensem? Kene tunjuk hotness aku kat dia!

Wahhh.. memang betul cakap admin, banyak sangat tuh!

Pastu datanglah peringatan daripada Allah melalui seorang hambanya kepada kita...

(Setelah mendengar semua pesanan2)

What?! Xleh buat tu and ini and that and this? Kalau buat jugak akan jauh daripada Allah? Alaaaaaaa. Tak syok mehh

-----------------------------

Itulah reaksi daripada kebnyakan kita setelah mendapat peringatan yang menyeru kepada Allah.
Hati dah melekat macam gam gajah dengan keindahan2 dunia hingga merasakan hidup tidak bererti tanpa semua itu.
Lebih menyedihkan lagi, ada yang berdoa agar keindahan dunia itu kekal dalam hati.

But WHY??! Why would you ask for that?!

"Mintak2 aku tak dijodohkan dengan orang2 alim2, nanti susah nak enjoy"
"Mintak2 hidayah sampai lewat ckit, aku nak enjoy puas2 dulu baru nak gi surau buat ibadah"

Astaghfirullah!!

Jangan2 sesekali kita jadi macam tu, kalau jadi, bertaubatlah..
Daripada mintak macam tu, lebih baik macam ni..

"Mintak2 Allah permudahkan hati ini untuk melepaskan keindahan dunia ini"
"Mintak2 Allah membencikan hati ini terhadap keindahan dunia"
"Mintak2 jodoh aku nanti seorang yang alim, seorang yang akan sentiasa menegurku sekiranya aku lalai dengan keindahan dunia"

Mungkin impossible rasanya bagi sesetengah kita, tapi, bila masanya tiba dengan berkat usaha dan doa, hati ini akan rasa lebih ENJOY meninggalkan semua itu.

Mungkin jugak kita rasa, 'takpelah2' 'enjoy ckit je pun'
Tapi,sentiasa berdoa supaya kita dapat tinggalkan semua itu 100%.

Why would you reject something that will bring you closer to Allah and Jannah?
Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya
Al-Baqarah:216

Ask Allah if you cant change your heart. Ask Allah to force your heart to change. Ask Allah to always give you what best.  Kerana Allah Maha Mengetahui. Are you Maha Mengetahui?


1 comment: