Sunday, September 29, 2013

Apa lagi Alasan Tak Nak Solat Subuh Berjemaah?

 Diceritakan satu kesah pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin,
Saidina Ali pergi ke masjid untuk solat Subuh berjemaah,
Setibanya di sana, beliau menangis.
Padahal masjid penuh pada pagi itu.

Sahabat Rasul ini menangis kerana samasa pemerintahan Rasulullah SAW,
Muka-muka yang datang solat Subuh di masjid akan berbekas di pipi dan kepala,
menandakan mereka menangis kuat semasa menunaikan solat sunat sebelum Subuh.

Tapi, yang dilihatnya pada masa itu,
walaupun penuh, muka jemaahnya banyak yang mengantuk,
banyak yang masih menggosok mata lagi,
menguap-nguap,
menunjukkan mereka baru bangun.

Masjid PENOH!
tidak tertahan hati Sahabat Rasul ini melihat,

Kalau Saidina Ali melihat keadaan ummat sekarang?
Solat sunat sebelum subuh pun JARANG,
Saf pertama pun SUSAH NAK PENUH,
Datang masjid pun MALAS,
Sedih lagi, ada yang langsung TAK BANGUN SUBUH!

Pernahkah kita pergi solat berjemaah di masjid waktu Suboh?

Kalau tak, usaha-usahakanlah, sapa cakap rugi tinggalkan katil untuk solat subuh?

"Dua rakaat shalat Fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala isinya (HR Muslim)"
juga digambarkan bersarnya ganjaran solat Suboh berjemaah ni,
Kalau ganjaran itu nampak,
MERANGKAK ke masjid pun manusia sanggup untuk solat Subuh berjemaah.

Benda apa yang kita sanggup meninggalkan katil, keluar rumah dan merangkak untuk dapatkannya?
begitu besarnya pahala yang Allah janjikan untuk satu perkara yang kita ambil ringan.

Lihat sajalah,
berapa orang yang hadir ke masjid.

Waktu sembahyang raya, penuh sampai ke luar pintu orang hadir.
Subuh? entah hilang ke mana.

Bukan nak kondemkan orang yang tak pergi subuh,
Yang sedang berusaha tu, saya respek kat anda!

Yang masih tidak sedar ganjaran jemaah subuh di masjid,
tidak mahukah kita berebut peluang ganjaran Allah yang besar ini?

Nak tunggu tua and sakit tenat baru nak pergi?
Nak tunggu Nabi Isa turun ke dunia baru nak pergi?
Jangan buat lawak.

Why not now?!

Mungkin sukar untuk bangun, but, berusahalah.
Remember my previous post about "Kalau berjalan tak cukup, LARI!!"

Kalau alarm phone tak kejutkan anda, orang lainkan ada.
Gunakan mereka, sudah tentu mereka merasa lebih happy sekiranya diminta buat demikian.
Kerana anda beri mereka peluang untuk mendapatkan pahala, kann :)

Sekadar peringatan buat diri saya yang banyak kelemahan ini
dan juga kepada brothers and sisters seakidah dangan saya.

Ingatlah ganjaran Allah,
Jangan rasa confident sangat nama kita sudah dalam list Ahli Syurga Allah.

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam neraka” (Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment