Sadaqallahula'zim...
Selesai membaca Al-Quran di hadapan Syeikh.
Terdapat beberapa kesilapan tajwid dan tergagap-gagap ketika membaca.
"Ceritakan kepada ku apa yang kamu lakukan setiap hari bermula daripada kamu bangun" syeikh bertanya.
"Saya akan bangun pagi dengan solat Subuh di masjid,
kemudian menimba ilmu fiqh daripada Imam Si Fulan,
dan saya pergi ke kuliah..."
"Mana Tahajjud untuk pagi mu?!"
Syeikh terus memotong sebelum sempat ku habiskan.
Aku hanya terdiam. Syeikh teruskan.
"Berapa banyak kamu luangkan masa untuk Al-Quran.
Termasuklah membaca, membaca terjemahan dan tafseer, menghafaz."
"Setiap kali selepas solat saya akan membaca dua muka, bersama terjemahan.
saya tak lakukan tafseer dan hafazan. Lebih kurang setengah jam semuanya."
"Ketika menimba ilmu, ada tak kamu mendengar mereka berhujah menggunakan Al-Quran?
Jadi perelokkkan bacaan mu. Tafseer dan hafazan juga perlu disertakan."
Aku hanya menganguk tanda faham.
"Baiklah, saya nak kamu selepas ini, sekurang-kurangnya, paling malas pun satu jam.
Termasuklah tafseer dan hafazan
Ulang-ulangkan bacaanmu.
Dengarlah rakaman bacaan daripada ulama qurro'(alim dalam bacaan)
Kalau kamu seorang yang amanah, kamu lakukan satu jam atau lebih.
Jangan kurang!"
"InsyaAllah, Syeikh, Assalamualaikum"
Dengan tekun ku menurut arahan syeikh yang telah menjadi guru Al-Quran ku sebulan.
Semiggu telah berlalu.
"Saya nak kamu baca apa yang telah kamu hafaz"
Dengan yakinnya aku membaca surah Al-Mulk.
Pada ayat kedua "Al lazi khalaqal mautawalhaya..."
Sampai ke ayat tu, muka syeikh berubah. Macam hendak marah.
Selesai sahaja ayat kedua tadi.
"Sadaqallahul azim" terdengar syeikh memberhentikan bacaan ku.
Sudah tentu kena marah lepas ni.
Aku baru perasan bahawa aku tidak memanjangkan bacaan 'ya'
Padahal sepatutnya dua harakat.
"Kamu patut lebih amanah dengan Al Quran.
Berapa banyak kamu meluangkan masa untuk Al Quran sepanjang minggu ni?"
Kali ini nada suaranya agak tinggi.
"Ek..Ek.. satu jam, syiekh"
"Ah! Kamu memilih untuk melakukan yang minimum! Jadi hasilnya juga MINIMUM!
Tingkatkanlah!
Jangan bagi alasan tak ada masa. Itu alasan PENIPU!
Semua orang Allah berikan masa.
Kamu boleh mendengar rakaman bacaan ketika dalam perjalan di mana sahaja kecuali tempat najis."
Kata itu menghunus ke jiwa bertalu-talu. Baru sedar akan kejahilan diri selama ini.
Disudut hati, bersyukur. Kerana ketegasan syeikh yang mengajar ku menjadikan aku lebih berdisiplin terhadap Al-Quran.
-petikan diubah daripada Syabab Musafir Kasih-
Harap kisah yang pendek ini mampu memberi pengajaran
dan agar kita dapat membaiki diri kita untuk menjadi lebih baik
Tak cukup tau jadi orang biasa. Kena jadi Lebih Baik juga. :)
No comments:
Post a Comment