Tengah duduk mana tu?
Berada dekat mana?
Ingin saya bertanya,
tenangkah sekarang?
Tidak payah cakap tentang diri kita je,
semua orang memang inginkan ketenangan.
ketiak gatal pun tak sabar2 nak garu
Situasi2 biasa:
"Ahhhh!! Tak boleh berhenti buat kerje lah,
tak tenang kalau kerje masih berlambak"
"Aku mesti belasah jugak budak tu,
baru hati aku tenang!"
Merasa tidak tenang menjadikan kita STRESSSS
nak tidur pun susah. Wuuuu
Inginkan ketenangan?
Ikut TIPS nie,
From our beloved Prophet Muhammad (p.b.u.h)
"Tidaklah bergumpul sesuatu kelompok manusia di salah sebuah rumah-rumah Allah, sambil membaca Al-Quran, saling memperbetulkan bacaan dan memahami kandungannya kecuali As-Sakinah (ketenangan) akan turun kepada mereka dan mereka diselubungi rahmat."
(HR Muslim)
Masa bulan Ramadhan dulu,
ketenangan datang dengan sendirinya,
sejukkk je rasa hati.
sejukkk je rasa hati.
kerana masa sentiasa diisi dengan ibadah,
and yang paling popular sekali adalah mengkhatamkan Al-Quran.
Tambah lagi Syaitan si penghasut tegar diikat.
Sungguh mudah hati ini mendapat ketenangan.
Back to present,
Bulan Ramadhan sudah berlalu,
Inilah masa kita diuji,
ARE WE PREPARED FOR THIS!?
ARE WE PREPARED FOR THIS!?
mampukah kita untuk beristiqamah (berterusan) dalam ibadah?
Mampukah kita melawan HASUTAN SYAITAN LAKNATULLAH!?
Dish! DUB! Pang!! (jatuh ke lembah maksiat)
Bagaimana pulak kita boleh kalah tiba-tiba?
Nak tanya lagi,
nak ke kita dipanggil penjahat? pendusta? pendosa?
NAK? Meh bagi alamat, nak tepon polis.
NAK? Meh bagi alamat, nak tepon polis.
Of course no.
Semua manusia memang mahu masuk Syurga,
Malah itulah matlamat kita hidup!
OH, Syurga! Jangan tinggalkan kami!
Tapi, siapa yang tinggalkan siapa sekarang nih?
kenapa kita masih juga ada perasaan nak buat dosa!?
kenapa kita masih juga ada perasaan nak buat dosa!?
Pandang hati, (kalau nampak)
Sebab NAFSU!
Kita kalah melawan nafsu kita yang naaaaak sangat buat dosa.
Degiiiil sangat, macam nak dicubit2!
Degiiiil sangat, macam nak dicubit2!
Tambah lagi dengan sapot dari Syaitan.
Sehingga terkeluar ungkapan dalam kepala,
"Takpe buat DOSA sikit kot. Solatkan 5 waktu. Neutralize baliklah dosa tu nanti"Huishhh!
Confidon Beno Mamat nih!
Memang betol dosa dan pahala kita nanti akan ditimbang,
Mungkin sebab tu kot mamat ni konfiden,
Diri dah rasa SELESA, konon nya, ditengah-tengah timbangan itu,
In other words, Berat PAHALA=Berat DOSA
Meh admin nak citer cikit,
Citer pasal orang yang suke sangat dok tengah2.
Di akhirat,
antara Syurga dan Neraka,
akan ada satu dinding pemisah yang sangat tinggi.
Di atas dinding itu ada sekelompok manusia,
Manusia yang timbangan pahala sama dengan dosa.
Bila mereka melihat rakan mereka di syurga yang sedang bermain,
"Assalamualaikum!" hanya dapat mengucap salam kepada ahli syurga.
Bila terpandang neraka,
mereka terus merayu kepada Allah
agar tidak dimasukkan dalam Neraka.
Dan mereka akan berada di atas itu sehingga Allah tetapkan keputusan-Nya
Tak percaya, Bukak Al-Quran & Terjemahan yang dah dikelilingi sarang labah-labah tu,
Muka surat 156, Surah Al-Araf, ayat 46-47, aka (7:46-47)
Kalau dapat masuk Syurga pun, jangan-jangan Syurga yang paling bawah.
Masa itu pun akan menyesal jugak kerana cemburu melihat ahli syurga di tingkat yang lebih atas.
Menyesal kerana tidak beramal secara maximum di dunia dulu.
Mahukah kita menjadi golongan ini?
Menyesal selama-lamanya?
Kalau menyesal dalam Syurga, ok lagi,
kalau menyesal dalam Neraka?
Astaghfirullah!
Semoga Allah selamatkan kita semua daripada Neraka.
Mana mamat berani sangat tadi?
Tau takut.
So, apa nak buat?
Hati nak sangat masuk Syurga,
at the same time nak jugak buat dosa.
Ahhh! NAFSU penghalang utama untuk kita masuk ke Syurga!
Bertenang, saudara seIslamku,
sekiranya anda masih mampu membaca blog ni,
InsyaAllah masih ada masa lagi untuk berusaha.
Memandangkan kita sering kali terbuat dosa,
Cepat-cepatlah bertaubat.
Mintak ampun segera!
Nak mohon ampun bukanlah hanya di masjid pada tengah malam.
BUANGKAN TANGGAPAN ITU!
Kita ISLAM!
Kita ada ALL-TIME access connection dengan Allah.
Line takkan putus2 punya
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"-(Qaf:16)Siapa cakap Allah jauh!?
(Bertempiaran lari penghasut2 jahiliyyah)
At that exact spot kita buat dosa,
Teruslah mohon ampun,
Tak susah.
Pernah dengar lagu InsyaAllah by Maher Zain yang orang anggap dah basi tu.
Bridge:
Turn to Allah, is NEVER far away.
Put your trust in HIM, raise your hands and PRAY
"Uuu, Ya Allah! Guide my step, don't let me go astray!
You're the only One who could show me the way!"
Letakkan kepercayaan kita kepada Allah sebagai Maha Pengampun,
angkat tangan dan berdoa!
"Ampunkan lah aku! Aku hamba-Mu yang sangat lemah! Sangat mudah untuk diriku lari dari jalan-Mu!
Kembalikan aku ke jalan-Mu!"
Is it that hard? kann~
Allah tak pernah jauh dari kita,
Hanya kita yang rasa diri kita jauh.
Hanya diri kita yang rasa Allah tidak akan ampunkan
Pada siapa lagi kita nak mohon ampun?
Bila rasa diri tersasar dari jalan-Nya,
Siapa lagi yang boleh tunjukkan kita ke jalan yang benar?
kapel? geng rempit?
Pfffft!
Brothers and Sisters,
I LOVE ALL OF YOU!
I dont want any of us left behind from drinking the Jannah's rivers.
Duduk, ketawa bersama melihat video ketika kita di dunia dulu.
Bergembira dalam mengetahui semua ini akan kekal Selamanya.
InsyaAllah.
Think Again If You (still) Want To Be In The Middle.
No comments:
Post a Comment