Ingin benar saya mohon maaf atas kelewatan untuk terus mengupdate pengisian blog.
Memang berhabuk dah blog ni. Uhuk2
Dah lama dah tak bersua ni,
nak tanya, macam mana kawan-kawan?
sihat ke mereka?
Ada tak rakan anda jenis yang nakal-nakal tu?
Haaa. Mesti ada, kan.
Berboraklah dengan si rakan yang nakal ni,
Walaupun nakal, tapi, takdelah sampai mencuri.
Nakal-nakal budak sekolah je.
sukaaaaaaa sangan bergurau.
Bila nak serius sikit, buat lawak,
Bila nak marah sikit, buat lawak.
Tak habis-habis nak buat orang ketawa je.
Pada suatu hari,
sejuk jugak hati tengok rakan yang nakal tadi datang dengar ceramah malam Jumaat.
Duduk bersebelahan dengan rakan tadi.
Khusyuk mendengar ceramah:
“Bila kita berada di dalam kubur, bagi yang banyak dosa masa hidup akan diseksa dalam kubur. Malaikat akan datang memukulnya.”
“eleh, aku belajar silat, mana boleh malaikat nak pukol aku. Hehehhehe”
Zaaap!
Hilang terus khusyuk tadi.
Ya Allah,
Sempat jugak dia buat lawak,
Teringat balik ada seorang penceramah dulu cakap,
“jauhi kawan mu yang membawa kamu main-main dengan agama”
Daripada Surah Al-An’am, Ayat 70. (6:70)
“Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia…”“Eh?? Takkanlah nak biarkan member terpesong camtu je?”
Sabarrrr… tak habis lagi.
“…Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam Neraka), kerana perbuatannya sendiri…”Ohhhhh.
Tulah balasan tertidur masa ceramah hari tu.
Dengar setengah, habis salah benda difaham.
Hmmm. Kalau camtu….
“Bro, lepas ceramah nanti busy tak?”
“Gua anytime free. Hehehheheh”
“Jom gi minum kat kedai mamak sebelah surau, aku belanja, apa macam?”
“Ish, kau sebut ‘belanja’ konfem aku free lah”
“Sebelum tu, kau pinjam Al-Quran dengan terjemahan dari tok imam, pinjam yang kecik2 tu tau”
“OK BOSS!”
Umat sekarang dalam krisis.
Pemikiran dicemari dan diserang oleh musuh Islam yang tidak pernah berhenti menyerang.
Menjadikan hati kita jauh dari islam yang sebenar
dan lebih mengagungkan kehidupan dunia
Walaupun ketenteraan kita ada, tapi tidak mampu untuk melindungi kita dari serangan pemikiran.
Jom!
kita sama-sama jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai benteng untuk melindungi kita.
Kita bina angkatan tentera kita sendiri bagi menentang serangan pemikiran ini.
Bukan untuk diri kita sahaja, tapi untuk seluruh umat manusia.
kita tidak mahu seorang pun yang terjerumus dalam Api Neraka.
ALLAHUAKBAR!
Best!
ReplyDeleteTeruskan menulis..in sha Allah, moga Allah redha :)
InsyaAllah :D
Delete