Wednesday, September 11, 2013

I SUPPORT R4BIA! PRAY4PALESTINE! I.... zzzzz~~~

Assalamualaikum!

Saya percaya, anda sudah tentu mempunyai FB or Twitter account kan... Mesti banyak melihat rakan2 yang menggunakan DP R4BIA, Pray for Palestine, Save Syria and so on. Jangan2 anda juga salah seorang daripada mereka. Haaaaa.

Jangan risau atau bimbang, saya bukan nak cakap tak boleh. Malah saya berbangga dan berterima kasih kepada mereka yang melakukan demikian. Mungkin ada yang beranggapan "kalau setakat tukar DP, nak tolong apa?"

Jangan anda peduli kata2 orang camtu. Mungkin mata mereka dikaburi oleh keindahan dunia yang dianggap lebih penting daripada keadaan saudara kita di sana.

Bagus, kerana anda ambil tahu mengenai isu2 ini dan juga meluangkan masa untuk membaca post2 yang di upload oleh page2 yang anda 'like' ^^

Pilu jugak hati ini,

Setelah azan Asar berkumandang, terdapat segelintir or kebanyakkan daripada kita yang tidak mengendahkan seruan Illahi kerana 'khusyuk' sangat mengupdatekan diri  ataupun terus mengupdate status anda mengenai situasi saudara seislam di sana. Lebih teruk lagi, sehingga terlepas waktu solat. Astaghfirullah!

Jangan kita lupa apa yang lebih penting daripada saudara kita di sana,

Hubungan kita dengan Allah. Semua yang berlaku di sana adalah atas kehendak Allah.

Mungkin saudara kita di sana diserang oleh zionis dan sekutunya dengan bom dan peluru hasil sumbangan McD (iklan)
Tapi, kita di sini, hati kita diserang oleh syaitan. Hasutan syaitan itu lebih bahaya daripada gas kimia beracun.

"Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka (orang-orang yang telah diberi taufik untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah).” (Surah Shaad: 82,83)
Kalau kita mati dibunuh ketika berjihad di jalan Allah, insyaAllah Syurgalah gajarannya.
Tapi, kalau kita mati dalam kesesatan....

Jangan sesekali kita leka. Hasutan syaitan tidak akan berhenti untuk melekakan kita. Mungkin ada masa kita rasa semangat juang islam kuat hingga rasa nak perang sekali kat Palestin.

Syaitan sudah berpengalaman selama beribu-ribu tahun dalam teknik menyesatkan manusia. Bila kita terleka sedikit, masa itulah Syaitan beraksi.

Tidak salah untuk kita bersemangat memberi sokongan kepada saudara kita di sana. Jangan sesekali kita lalai sehingga kita jauh daripada Allah. Mati dalam kesesatan lebih teruk daripada terseksa akibat racun kimia. 

Pray for our brothers and sisters and for ourselves. Semoga sama2 kita dapat bersama-sama bergembira di Syurga nanti. InsyaAllah :)



No comments:

Post a Comment