Friday, April 4, 2014

Music Ni Haram! Kerja Syaitan Semua Inih! Eh?

Assalamualaikum.
There's no grudge, no war, just peace between us.
InsyaAllah.

Tajuk sudah menjadi sangat krontroversi antara pengemar muzik dan pembenci lagha.
Jadi ingin benar saya berkongsi pendapat yang validity cumalah 1/6,000,000,000 populasi manusia.

Aku rindu berjalan di persisiran pantai,
angin meniup membisik ke telinga,
ombak memukul pantai berdesir-desir,
pasirnya putih mencengkam telapak kaki.

Alangkah berderai hati ini,
melihat pantai indah menjadi sampah,
bau hanyir dan menggelikan,
sampah menari dipukul ombak

Rinduku hilang,
hati membenci,
dan ku tinggalkan semuanya,
tidak sanggup ku melihatnya lagi.

(sajak spontan ala-ala)

Begitulah keadaan kita sekarang,
Masalah dia bukan pantai itu kotor,
Tapi orang yang so called 'bersih', 'suci' tidak mahu mengotorkan tangan untuk membersihkan.
Orang yang kotor pulak pergi terus bermandi dalam lumpur,
Siapa yang nak bersihkan?

Mandilah sebersih manapun,
kalau kita biarkan tempat tinggal kita kotor,
bolehkah kita gelar diri kita sebagai 'Pembersih'?


Ana sendiri pernah merasa berada dalam kelompok music fanatic ni,
as if music inilah the only thing yang dapat mengisi kekosongan jiwa,

Alangkah silapnya aku meletakkan sesuatu selain Allah dalam hati,
Setelah ku sedar kesilapan ini,
ku tinggalkan semuanya, tidak sanggup berhadapan dengan bunyi-bunyian yang mewujudkan perasaan palsu dalam hati.

Lagu cinta,
membuat hati terasa akan keindahan cinta kepada si dia,
keindahan yang palsu hadir melalui muzik dan lirik,
membuak-buak cinta ini,
sehingga ku lupa akan keindahan cinta sebenar,
Cinta Illahi!

Ya! Cinta Illahi!
Itulah dia cinta yang patut wujud dalam diri,
Jika muzik boleh mewujudkan perasaan cinta kepada si dia,
Muzik sudah tentu boleh mewujudkan perasaan cinta kepada Nya,
Perasaan bersemangat untuk berjihad atas jalan Nya

Kalau muzik boleh mengumpul jutaan pemuda untuk berhibur lagha,
Sudah tentu muzik boleh menggumpul jutaan jiwa pemuda untuk mengingati-Nya.


Jadi,
sebelum kita nak merungut sampah bertaburan,
lihat diri kita, sudahkah kita mengutip sampahnya?
Atau terus menghina sampah itu dengan harapan lantai akan bersih sendirinya?

Mohon terasa,
Kalau tak terasa, nampaknya penulisan ana masih lemah dan tidak mampu menyampaikan
Kalau terasa, mohon muhasabah diri,
Tidak mahu bercakap panjang,
biar hati mu sendiri bercakap.

Between us,
There's no grudge, no hate, no fight, just Peace
Assalamualaikum.


Saturday, February 8, 2014

Apa Nak Buat Kalau Sudah Jatuh Cinta

Assalamualaikum Brothers and Sisters!
Walaupun ada yang tak pernah bertemu, tapi rasa rindu kat semua.
Pernah dengar tak syndrome ini, serious tau..

Sila hubungi doktor kalau anda mengalami syndrome-syndrome tersebut:

Mandi tak basah,
Makan tak kenyang,
Tidur tak lena,
Macam mana nie???

Inilah dia Syndrome Jatuh Cinta



Bagi yang tak pernah merasa, jangan mengada-ngada cuba nak bekapel.
cubit pipi gebu tu nanti baru tau (yang muhrim je)

Ana tak pernah menafikan
bahawa perasaan cinta itu memang fitrah setiap makhluk yang bernama manusia.
Yang lelaki akan jatuh cinta kepada yang hawa
Yang hawa pulak akan jatuh kepada kaum Adam.
Jangan jatuh tangga sudaa.

Masalah yang paling besar sekarang adalah,
perasaan cinta itu tidak diurus dengan cara yang sepatutnya.
Syarikat Mulitinational pun perlukan Manager,
apatah lagi hati kecil yang kehausan cinta ini.

Menjadi lebih besar masalah ini kerana
kebanyakkan boys and girls terpengaruh dengan so called 'trend' yang salah.
Nabi cakap ikut Al-Quran dan Sunnah
Yang kita pi ikut drama lakonan Enche Arrogent tu kenapa

Tambah lagi dengan parents yang spoting,
"Alaa, anak kita dah besar"
tak kisah langsung anak kluar dengan siapa dan mana mereka pergi
spoting, spoting jugak,
tapi batas Syara' jangan main rempuh je.

Yang masih bergelar anak kepada ibubapa pulak
jangan merajuk taknak makan kalau parents tak habis-habis call, watsapp, poke
nak tanya mana korang masa berjalan-jalan dengan kawan.
Bersyukurlah kerana parents antum sangat perihatin terhadap antum.
Mintak maap kat parents kalau pernah maki mereka kerana call.
Kalau dah ada anak sendiri nanti baru tahu.

Chill2, ana di sini bukan nak marah,
tapi nak bagitau hakikat manusia sekarang suka ikut bende2 kat tivi ni
Baik buruk betul salah semua di'NGAP' sekali gus (GO NGAP SAYOT)

Ni Solution yang ana buat sendiri hasil pembacaan beberapa penulisan novel islamic by Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi.

1) Ada certain couple ni cakap "Bukan nak cari jodoh kena berusaha ke? Tengah berusahalah ni"
Eh? Berusaha menjadi orang yang soleh dan solehah tak nak pulak =.=

Wanita-wanita yang jahat untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat adalah untuk wanita yang jahat pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

(Qs. An Nur:26)
Taknak ke kita bernikah dengan pasangan yang akan membimbing kita ke Syurga dan bercinta selamanya di sana?
Ataupun kita nak bernikah dengan pasangan yang playboy dan mata keranjang?
"Tapi dia hensem, Tapi dia macam comel je"
Jangan terkezzut kalau dah nikah nanti dia pi buat tak senonoh kat isteri or suami orang lain.


2) Kalau betul nak cintakan seseorang, cintailah seseorang itu kerana agamanya.

Kecatikkan dan Kehenseman juga penting dalam memilih pasangan cinta,

Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
(HR Muslim dan Bukhari) 

Islam itu adil, tidak semua manusia mempunyai kulit muka yang flawless ala iklan Olay
Tapi, Islam menitik beratkan agama sebagai ciri memilih pasangan
walaupun bukan semua orang yang mempunyai physical yang cantik,
tapi semua orang mampu untuk mencantikkan agamanya :)

Yang rasa diri tak cantik dan hensem tu jangan pulak down,
Cantik kat sini bermaksud yang memberi ketenangan kat hati seseorang tu,
Baru tengok sikit je, terus padam api kat hati tu.
Bukannya muka kena jadi macam Miss Universe.

Plus, kalau bercinta kerana cantik kulit muka semata-mata,
benda tu tak kekal,
kalau dah berkedut nanti, cinta pun turut hilang bersama kecantikkan itu.

Kalau cinta kerana Iman dan Ketaqwaan kepada Allah,
Allah kekal, insyaAllah cinta kepada pasangan kita pun akan kekal selama-lamanya :')

3)Bagi lelaki yang berminat sangat-sangat kat akhawat (perempuan) ni,

Lelaki yang benar-benar mempunyai perasaan terhadap akhawat,
check dulu hati, takut-takut perasaan itu datangnya daripada nafsu semata-mata.
Kalau nak sangat berkenalan, jangan direct gitau depan2, (kononnya macho, puiii!)
amatlah digalakkan untuk bertanya kepada rakan2 sekelas,
adik beradik, kalau mantap lagi, tanya trus kat mak ayah nya. (Salute)

Akhawat pulak, kalau nak tahu lelaki tu betul2 setia ke tak,
kalau dia ajak kapel, fikir dalam-dalam dulu,
Kalau betul-betul dia cintakan anti (awak), dia takkan jebakkan anti dalam lembah maksiat.
Kalau akhwat pulak yang cintakan seorang akhi, jangan pulak bermanja-manja depan dia,
Lelaki soleh pun boleh tergugat iman.


4) Kalau masa ini masih fokus kat study dan masih lama lagi nak grad... 

Nasihat daripada ustaz yang ana amat sokong adalah
Bercinta dengan Ilmu dahulu.
Datinglah dengan ilmu sebanyak mungkin
At the same time, ikhlaskan niat study untuk Allah.


Kalau dah graduate dengan jayanya, sukar orang nak tolak pinangan,
Plan ahead memang digalakkan
tpi bukan sampai tengok Periodic Table pun nampak muka dia je.


Kalau masih terlalu ingin nak bernikah awal, berbincanglah dengan parents and ustaz ustazah
Jangan trus nak kapel-kapel.
Cubit pipi gebu tu baru tau (yang muhrim je)


Ini bukanlah guideline yang sepatutnya antum ikut,
ini sekadar idea-idea dan cadangan yang ana sendiri rasa the best (personally)

Islam bukan nak menyekat pasangan untuk menjalinkan hubungan,
Tapi Islam nak hubungan kita dengan pasangan kita nanti diberkati Allah.
Mahukah kita bernikah dalam keadaan Allah murka kat kita?

Bonus) Kalau orang dah datang meminang?
Yang datang meminang bukan lelaki je tau,
Perempuan pun boleh, seperti Saidatina Khadijah melamar Rasulullah.

Kalau kejadian di atas berlaku kat antum,
jangan terus terima, jangan terus menolak mentah2

Beristikarah dulu.
InsyaAllah, Allah akan memberi petunjuk kepada kita.
Dia Maha Mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.


Kalau ada kawan-kawan yang mengalami syndrome ini,
Sharelah kat dia.
Kesian dia, mandi pun tak basah.
Ingatlah untuk mencintai Allah,
Cintalah kepadaNya lebih daripada mencintai segalanya.

Im telling you this not because im perfect, im far worse than that.
This is just a reminder for me, and you, and others so that we can improve our ibadah to Allah SWT
InsyaAllah
^.^



Video ceramah Ustzh Fatimah Syarha. Fahami, dan buka mata hati kita. :)





Penulisan Ibarat Mata Pedang


Assalamualaikum brothers and sisters!

Ana hendak memohon ampun dan maaf kerana sudah sekian lama berhenti menulis dalam blog ini.
I've made such decision before this because of kekangan masa satu (alasan je ni)
Tapi, yg paling utama is I found that i could reach more people via MukaBuku post.

Mungkin Allah mmg nak tunjuk kepada ana sesuatu semalam.
Terbaca satu link blog ni, FB vs Blog.
One thing that struck me, he wrote,
"Penulisan dan tulisan tidak sama..."

Than I realized,
Yang membangkitkan pejuang2 islam masa lalu bukanlah tulisan-tulisan pendek
yang hanya membangkitkan semangat untuk 1 minit dan seterusnya dilupakan.
Yang membangkitkan pejuang dulu adalah Penulisan-penulisan mata pena penulis
yang lebih tajam dan hebat daripada seribu pedang. MasyaAllah!

Bukan ana nak cakap penulisan blog ana ni macam pedang, tapi,
sekurang-kurangnya, blog menjadi medan untuk mengasah bakat dan kemahiran untuk menulis.
Penulis-penulis hebat dulu bukannya first time tulis terus gempak sampai terjatuh dari kerusi dibuatnya.
Perlu practice make perfek jugak tau.

InsyaAllah, ana akan lebih terurus dalam pengurusan masa
dan ingin mengajak Brothers and Sisters yang hebat menulis ataupun ingin mencuba untuk menulis,
untuk bersama-sama menggunakan usaha dan kemahiran yang ada
untuk membangkitkan jiwa2 yang sedang kehausan semangat Jihad.

InsyaAllah :)

Wednesday, December 25, 2013

Duduk, Caci, Berdiri. Yang Mana Satu Kita?

Assalamualaikum warahmatullah...

Selesai solat jemaah, ku lihat wajah imam yang mengetuai solat tadi.
Ah.. muka nya cerah, tenang, walaupun umur sudah mencecah 80an
Hendak membuka kitab fikh, terketar-ketar tangan beliau.
khusyuk benar ku mendengar ilmu yang disampaikan.

Tiba2 dua lelaki tegap masuk ke masjid dan menarik tangan imam tadi.
Terjatuh cermin mata wali Allah yang tak berdosa
Jemaah lain hanya memaki hamun perbuatan mereka.
2 lelaki tersebut mengheretnya ke lori banduan.

Jemaah lain tidak bertindak.
Duduk terpaku.
Menjadi penonton.
Mana perginya PEMUDA-PEMUDA!?
"Apa boleh buat, mereka itu polis"

Kita lebih takutkan pangkat dan kuasa manusia
Di mana kita patut BERANI kerana kita berada di atas HAQ (Kebenaran)

"Dan katakanlah: 'Yang haq telah datang dan yang batil telah lenyap' Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." -(Al Isra: 81)


..................................................................................

Imam tadi ibarat islam, yang mengajar kita untuk hidup dengan cara yang sepatutnya.
2 lelaki polis ibarat musuh islam, yang datang mencabar dan menyerang islam.

Jemaah, diri KITA.

Adakah kita ini golongan yang hanya duduk melihat Islam diperkotak-katikkan?
Golongan yang hanya menghambur caci maki kat musuh islam tanpa berbuat apa-apa?
Ataupun golongan yang berdiri dan bersedia untuk syahid di atas jalan-Nya?

Kalau seorang je yang berdiri dan menyerang polis tadi, sudah tentu seorang itu turut kena tangkap.
Tapi, kalau semua jemaah bangun...

"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
As-Saff:4

Nescaya islam tidak dapat dikalahkan.
Bergeraklah bersama saudara-saudara seislam mu.

Jadilah kita seperti pemuda yang digambarkan Imam Hassan Al-Banna
Pemuda yang YAKIN akan jalan perjuangan ini!
Pemuda yang IKHLAS hati berjuang untuk Islam!
Pemuda yang BERSEMANGAT untuk beristiqamah dalam perjuangan!
Pemuda yang BERTINDAK dan bukan sahaja penuh kata2 di mulut.

Bangkitlah Wahai Pemuda!
Pemuda segagah Umar Al-Khattab!
Pemuda berkepimpinan seperti Salahuddin Al Ayyubi!

Persiapkan dirimu dengan ILMU,
BACAlah! Seperti mana Allah telah perintahkan dalam surah yang pertama.
BerAMALlah seperti seperti esok adalah hari mati mu.

Bukan nak cakap diri ini bagus sangat, sekadar peringatan diri dan bros and sis di luar sana.
Dipersilakan share.
InsyaAllah bermanfaat kepada semua.

Assalamualaikum (Peace be Upon  You)

-inspirasi daripada novel Syabab Musafir Kasih by Fatimah Syarha-



Saturday, December 7, 2013

"Jangan Marahkan ku, Syeikh!"

Sadaqallahula'zim...

Selesai membaca Al-Quran di hadapan Syeikh.
Terdapat beberapa kesilapan tajwid dan tergagap-gagap ketika membaca.

"Ceritakan kepada ku apa yang kamu lakukan setiap hari bermula daripada kamu bangun" syeikh bertanya.

"Saya akan bangun pagi dengan solat Subuh di masjid,
kemudian menimba ilmu fiqh daripada Imam Si Fulan,
dan saya pergi ke kuliah..."

"Mana Tahajjud untuk pagi mu?!"

Syeikh terus memotong sebelum sempat ku habiskan.
Aku hanya terdiam. Syeikh teruskan.


"Berapa banyak kamu luangkan masa untuk Al-Quran.
Termasuklah membaca, membaca terjemahan dan tafseer, menghafaz."

"Setiap kali selepas solat saya akan membaca dua muka, bersama terjemahan.
saya tak lakukan tafseer dan hafazan. Lebih kurang setengah jam semuanya."

"Ketika menimba ilmu, ada tak  kamu mendengar mereka berhujah menggunakan Al-Quran?
Jadi perelokkkan bacaan mu. Tafseer dan hafazan juga perlu disertakan."

Aku hanya menganguk tanda faham.

"Baiklah, saya nak kamu selepas ini, sekurang-kurangnya, paling malas pun satu jam.
Termasuklah tafseer dan hafazan
Ulang-ulangkan bacaanmu.
Dengarlah rakaman bacaan daripada ulama qurro'(alim dalam bacaan)
Kalau kamu seorang yang amanah, kamu lakukan satu jam atau lebih.
Jangan kurang!"

"InsyaAllah, Syeikh, Assalamualaikum"
Dengan tekun ku menurut arahan syeikh yang telah menjadi guru Al-Quran ku sebulan.


Semiggu telah berlalu.
"Saya nak kamu baca apa yang telah kamu hafaz"

Dengan yakinnya aku membaca surah Al-Mulk.
Pada ayat kedua "Al lazi khalaqal mautawalhaya..."
Sampai ke ayat tu, muka syeikh berubah. Macam hendak marah.

Selesai sahaja ayat kedua tadi.
"Sadaqallahul azim" terdengar syeikh memberhentikan bacaan ku.

Sudah tentu kena marah lepas ni.
Aku baru perasan bahawa aku tidak memanjangkan bacaan 'ya'
Padahal sepatutnya dua harakat.

"Kamu patut lebih amanah dengan Al Quran.
Berapa banyak kamu meluangkan masa untuk Al Quran sepanjang minggu ni?"
Kali ini nada suaranya agak tinggi.

"Ek..Ek.. satu jam, syiekh"

"Ah! Kamu memilih untuk melakukan yang minimum! Jadi hasilnya juga MINIMUM!
Tingkatkanlah!
Jangan bagi alasan tak ada masa. Itu alasan PENIPU!
Semua orang Allah berikan masa.
Kamu boleh mendengar rakaman bacaan ketika dalam perjalan di mana sahaja kecuali tempat najis."


Kata itu menghunus ke jiwa bertalu-talu. Baru sedar akan kejahilan diri selama ini.
Disudut hati, bersyukur. Kerana ketegasan syeikh yang mengajar ku menjadikan aku lebih berdisiplin terhadap Al-Quran.

-petikan diubah daripada Syabab Musafir Kasih-

Harap kisah yang pendek ini mampu memberi pengajaran
dan agar kita dapat membaiki diri kita untuk menjadi lebih baik

Tak cukup tau jadi orang biasa. Kena jadi Lebih Baik juga. :)





Tuesday, November 26, 2013

Nak Jawab Apa Kat Akhirat Nanti Mengenai Nikmat?

Assalamualaikum!
Alhamdulillah! Kerana kita masih ada mata untuk
membaca blog ini :)

Alhamdulillah! Syukur!!
Saya Syukur sangat2 pada hari ini!
Kerana Allah memberi saya masa untuk menulis blog ni.
Dan Syukur kerana tanpa jari2 yang manaip dan mata untuk melihat screen laptop,
tentu tak terpost2 pengisian blog ini.

Mesti some daripada kita yang akan react
"eleh mamat ni, chill lah, macam lah tak biasa sihat"

Itulah yang menjadi penyakit kita sekarang,
Pandang remeh akan nikmat2 Allah yang sebenarnya besar dan...

Bersebab... Jeng jeng jeng!

Bila jatuh sakit,
demam panas ke, sakit perut ke, sakit kepala ke.
"Allah! Mana Allah!?"
Pergi surau jemaah, mintak redha Allah
Baca Al-Quran, Al-Mathurat, Al-Kahfi kat bilik.
Bila orang lain datang nak tegur,
"Maaf, ana tengah menghadap Allah ni"

Bila sudah sihat,
Tak terlintas sedikit pun nak ucap 'Alhamdulillah'
Solat kat hujung waktu,
Al-Quran pun dibiar berhabuk
Terus lupa Allah.
"Soree cayang, I demam semalam"
Dengan si dia boleh pulak ingat

Ahhhh!
Sungguh, kita manusia yang tidak bersyukur!
Allah bagi kita mata, apa kita buat?
Allah bagi kita mulut, apa yang kita cakap?
Allah bagi kita kaki, kemana telah kita pergi?

Masa dan kesihatanlah nikmat Allah yang paling selalu kita alpa.
Rasulullah pernah bersabda:
"Ada dua kenikmatan di mana banyak orang tetipu olehnya, yaitu kesehatan dan waktu luang"
Riwayat Al-Bukhari, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah 

Alaaaa. Common sangat kannnn
Bila nikmat tu ditarik,
Kalau tersedar lepas tu ok lagi.
Ada jugak segolongan dari kita yang tak paham2 lagi.

Sedarlah abang2 dan kakak2 ku!
Segala nikmat ini akan ditanya di akhirat nanti.

"Kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan"
At-Takasur 102: 8 


Well, hari ini kita sihat,
So, do what you think the best for you.

Supaya nanti takde lah  kalau ditanya kat akhirat mengenai nikmat,
"Ermm, saya masa sihat hari tu pergi dating"

Pastu harap masuk Syurga? 
Pffft!!!
Good luck lah bro.

Berzikir, biar Allah melekat dalam hati kita,
kalau formula Physics F=ma boleh ingat camtu je,
kenapa berat sangat hati nak ingat Allah?

"Ampunkanlah dosa2 hamba-Mu ini Ya Allah! Sesungguhnya kami hamba-Mu yang sangat LEMAH! Kami mudah LUPA! Kami mudah LALAI! Ingatkanlah kami kepada-Mu!" 
Ameen

#JOMbaikiDiri

Wednesday, November 13, 2013

Hati Manusia Memang Cepat Berubah, Bikin As-Sisi Ketawa Terbahak-bahak

Kata-kata yang dipetik daripada Fi Dzilalil Quran 
(Bawah Bayangan Quran), Sayyid Qutb:
"Hati manusia itu cepat berubah-ubah dan cepat lupa. Ia berselimut cahaya yang meliputinya sehingga berkilau seperti sinar.
 Betol-betol!
Memang hati kita capat berubah.
Kejap mau ini, kajap mau itu.

Kalau dalam ibadah,
Selepas sahaja dengar ceramah Palestin,
Terbakar semangat tuuu, macam Nuclear Fission untuk hasilkan tenaga untuk 1Malaysia.

Balik-balik rumah, terus buka Al-Quran,
Baca bersertakan dengan maksud,
dan jangan dilupakan Choki2 yang dibeli kat kedai sebelah.

Esok, jumpa rakan perempuan, teringat pulak slogan
"Lower your Gaze!"
Terus tunduk sehingga langgar palang gol.

Terus rasa nak naik flight and turut bermandikan peluru dengan saudara di sana.
Tak fikir lagi nak hidup di dunia yang penuh dengan fitnah dan keindahan Palsu!

"Cita2 Aku! Either Hidup dengan diri dimuliakan Allah, atau Mati mendapat Jannah!"

Fuhhh! Mantap, bergoyang kaki As-Sisi kat Mesir

Tapi......

Namun, apabila lama tidak digosok dengan peringatan atau ingatan, ia akan kusam, mengeras, dan hilang kilauannya sehingga menjadi gelap dan hitam.

Beberapa minggu sudah berlalu,
Tapi, hanya ikut ceramah and usrah hari tu je.

Balik-balik rumah,
Jeling2 kat Al-Quran,
"Ahhhh.. nantilah. Tunggu aku habiskan McD dulu"
pastu tak baca2

Jumpa rakan perempuan,
Siap ber "Call me maybe" pulak

Kalau nak perang kat Palestin, kirim salamlah
bangun Subuh pun susah.

Futurrrrr Habis kawan.
As-Sisi and the geng terus ketawa
"Haha! Ni je kau mampu buat! Balik kamponglah!"

Semangat yang membara sangat tadi terlalu hebat,
sehingga meletop Nuclear reactor seperti yang berlaku kat Nippon
Lupa akan the First Level of the Pyramid.

Bahagian atas Pyramid dibina tinggi2 dengan batu dan tanah yang keras.
Tapi, tapak pakai polystyrene je.
Lama2 lusuh, and runtuh.
Penat2 je bina, kena mula balik dari awal.

Walaupun pakai base besi atau titanium,
kalau tak dimaintain,
Rosak jugak akhirnya.

Hang jangan konpiden sangat boleh tak?
Nanti sumbat mulut dengan choki-choki baru tau.

So.....

Kerana itu, harus ada peringatan bagi hati agar selalu ingat dan khusyuk. Ia harus selalu ditempa sehingga tetap halus dan berkilau, harus selalu dijaga dalam kondisi sadar agar tidak menjadi tumpul dan keras"

Janganlah kita konfiden sangat,
rasakan Iman ini sentiasa teguh tanpa tarbiyyah (didikan)

Sekonfiden mana pun kita,
jangan sesekali kita sombongkan diri
taknak join usrah setelah dipanggil
Masa ceramah agama pi buat benda lain,
Bukak Al-Quran pun malas

Ahhh! kita ini manusia,
Banyak kelemahan kita,
Jangan sesekali tinggalkan tarbiyyah islam

Terus mantapkan diri dengan ilmu2 agama
Mantapkan lagi cara kita berdakwah
Goyangkan kaki As-Sisi dan sekutunya.

Tak kiralah sama ada kita dah terlewat ke, dah tetinggal ke, kena start dari awal ke,
Allah pandang usaha kita, bukan hasilnya,

Syed Qutb Dipenjarakan
dan Dihukum Gantung
Kerana Menegakkan Islam
Sentiasa Ingat mati,
kalaulah ajal kita tiba di masa kita berada dikemuncak iman,
MasyaAllah!

Even Rasulullah perlu tarbiyyah Allah,
Kita?