Sunday, September 15, 2013

Kekejaman Disebalik Penubuhan Negara Israel Part 1


"There was no such things as Palestinians. They never Existed"-Golda Mayer (PM Israel ke-4)

Itulah kata yang diucapkan oleh Golda Maier, Perdana Menteri ke-4 'negara' Israel. Pejuang2 yang berada di Palestine yang setiap hari berusaha untuk mengembalikan tanah barakah ummat Islam di hina sebegitu rupa oleh bangsa yang tidak sedar diri itu.





Mungkin kali ini anda perlu membaca fakta sedikit, harap bersabar ^^
Kita lihat kembali, di mana semua kekejaman ini bermula....

Yahudi pada awalnya, adalah bangsa yang dihina dan ditindas di Eropah. Mereka tidak berasal dari mana2 tempat pun pada masa itu. Oleh sebab itu, mereka rasakan perlunya mereka mempunyai negara mereka sendiri.

Theodore Herzl, adalah tokoh yang memainkan peranan penting dalam idea penubuhan 'The Jewish State' di Palestine. Untuk merealisasikan satu impian yang besar ini, Herzl mengepalai satu gerakan yang dipanggil Zionis.

Kemudian, Berlakulah persidangan Zionis yang pertama 28-30 Ogos 1897.
Tujuan persidangan tersebut adalah untuk membincangkan hal pembentukan negara Yahudi di Palestin dalam tempoh 50 tahun. Antara keputusan yang dicapai adalah:
1) pendudukan Yahudi secara terancang di Palestin.
2) Menyusun gerakan Yahudi di seluruh dunia
3) Membangkitkan kesedaran Yahudi di seluruh dunia.
4) Mengusahakanpendekatan ke pelbagai negara untuk mendokong gerakan Zionis

Persidangan ini menandakan titik permulaan era baru bagi orang Yahudi dan titik kejatuhan bagi umat Islam.
Selepas beberapa persidangan, Deklarasi Belfour telah digubal dan diluluskan oleh British pada 2 November 1917 yang mengiktiraf usaha penbentukan negara haram yahudi di Palestin.
Sokongan daripada US dan British memberi kekuatan kepada Yahudi untuk mencapai impian mereka.

Tidak lama selepas itu, tahun 1918, British dan Pakatan Nasionalis Arab telah berjaya menjatuhkan kerajaan Khalifah Uthmaniyah dan seterusnya menjajah Palestin. Berlakulah penghijrahan orang Yahudi beramai-ramai ke Palestin.

Cerita lanjut mengenai Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah Terakhir:

15 Mei 1948 digelar sebagai Malapetaka 1948, adalah tarikh pengisytiharan negara haram Yahudi. Tidak cukup dengan itu, rakyat asal Palestin dihalau keluar dari tanah yang diduduki oleh nenek moyang mereka.

Bagi yang dulu merasakan tiada keperluan untuk memperdulikan abang dan kakak kita di sana, Think again.
Kalau kita dalam situasi mereka, dihalau dari rumah sendiri, dan saudara seislam kita hanya berdiam diri, malah memberi sumbangan lagi kat orang yang menghalau kita (via McD), bagaimana perasaan kita?

Rancangan 50 tahun, memang betul 50 tahun selepas itu mereka berjaya mewujudkan 'negara' di Palestin.

Kalau nak dijatuhkan, perlu ada juga perancangan dan bukannya membabi buta.

Pray for them and Pray for our Unity 



No comments:

Post a Comment