Maaf sekiranya saya telah lenyap beberapa ketika,
Banyak perkara perlu dilangsai
Dimanakah anda sekarang?
Di University? Di sekolah menengah? Sekolah Rendah? Atau di pejabat?
Mesti ada benda nak dicapai.
Ada nak dapat 4 flat, Straight A's, Anugerah Dekan, Anugerah bla2
Tapi, macam mana nak dapat benda tu,
Haaa.. Kompom ramai cakap belajar.
SEDARLAH!
Betapa minda kita telah dipengaruhi oleh sistem exam nih.
Bukan nak bagitau pasal conspiracy theory ke apa.
Minda kita yang bermasalah sekarang,
Ask yourself,
Why kita limitkan ilmu just to pass exams?
Berfikiran macam tu as if kita mengikat satu tali keliling tengkuk.
"Aku nak study untuk dapat iPon!" satu tali diikat
"Aku nak study supaya family bangga!" satu tali lagi
"Aku nak study untuk dapat stret A's" satu lagi
Fuh! banyaknya tali,
Bes ke banyak tali nih?
Belajar giler-giler,
Ilmu penuh dah lam kepala,
Puff, Result dapat. fail. Tarik satu tali, Aduhh!
Parents marah, tarik lagi satu, Ouchh!
"NO iPon for you!"
Tidakk!!!
"Malaslah nak study lagi. Study gile2, tak dapat stret A."
Elehhh, tu je nak down.
Sebab apa?
Tak dapat sambung study? Tak dapat diploma? Orang lain padang rendah?
Ahhh!!!
Kita MENGHINA ILMU sebab berfikiran begitu,
Kita letak nilai ilmu pada benda2 remeh macam tu?!
"Eleh admin, rilek2 je cakap smua tu remeh"
OKehh,
Bila kat akhirat nanti, semua nak masuk syurgakan?
Bagilah sijil diploma kat Allah. Cakap kat Allah nak masuk Syurga.
Kita LUPA!
Kat Akhirat nanti, smua pangkat, anugerah pujian, LESAP! HILANG!
Mari kita menyelami Hadis ini.
“Barangsiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan membukakan jalan baginya menuju ke syurga, dan sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya kepada penuntut ilmu, dan sesungguhnya orang alim itu akan dipohon ampun baginya oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sehingga ikan di dalam air, dan kelebihan seorang alim jika dibandingkan dengan seorang abid (ahli ibadah yang jahil) seumpama perbandingan bulan ke atas segala bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan dinar mahupun dirham sebaliknya mereka meninggalkan ilmu dan barangsiapa yang mengambilnya sesungguhnya dia telah mengambil sesuatu yang sangat berharga.” (diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi)
SubhanAllah!
Betapa MULIAnya orang yang menuntut ilmu!
Orang yang MENUNTUT, bukan dah berilmu lepas tu goyang kaki.
So, apahal nak sedih kalau fail exam setelah bertungkus lumus study?
Dimuliakan Allah tak cukup ke?
Sebab apa dimuliakan?
One of it is orang yang berilmu ini sukar nak ditipu aka dikelentong
Sebagai orang Islam, kita boleh guna untuk melawan musuh-musuh islam
Bahaya kalau jahil ilmu agama,
Tengoklah apa jadi kat saudara seislam kita,
Some tahu nak enjoooooy je, study tak nak.
Bila Syiah datang,
Free2 kena tarik.
Even dah jadi pemimpin besar pun perlu berilmu,
Nanti buat perjanjian, free2 tergadai maruah agama.
Ingat balik tak masa SPM or PMR or mana2lah,
Habis2 exam, terus lupaaaaa smua yang dah dibelajar,
Sebab apa? dah kita study untuk exam,
habis exam, tak guna lagilah ilmu tu.
So?
Change your mindset!
Ilmu bukanlah sebagai alat untuk kita dapat gred bagus or untuk membanggakan sesiapa
Kalau kita nak ilmu supaya dimuliakan Allah,
InsyaAllah kita bebas dari ikatan2 yang menyeksakan.
Bersyukurlah sebab sistem pembelajaran kita terdapat banyak subjek.
Nanti susah orang nak kelentong kita, kan?
Janji Allah itu pasti!
Kejayaan exam itu tak pasti.
Ambillah ilmu sebanyak-banyaknya.
Jangan sesekali kita berhenti.
Jangan sekadar mempelajari ilmu untuk perkara yang tidak kekal
Bila rasa down nak study,
Ingatlah! Allah akan memuliakan kita, InsyaAllah.
Ilham daripada novel Syabab Musafir Kasih by Fatimah Syarha Mohd Noordin
Sharelah kat rakan-rakan kita sekiranya bermanfaat.
No comments:
Post a Comment