Saturday, September 7, 2013

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA??

Assalamualaikum!!
Tajuk pun macam dah tak validkan. Seminggu dah 31Ogos berlalu.

Walaubagaimanapun, saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya mengenai merdeka.

Entahlah, semakin meningkat usia ni, semakin lemah rasa nak sambut merdeka. Bukan saya sorang je, even yang kat luar pun semakin obvious nampak. Masa kecil2 dulu, bukan main semangat semua orang bila dekat2 dengan 31 Ogos. Kerata sampai tak nampak lagi windshield sebab nak letak bendera. Sekarang.....
Bagi menutup kehambaran sabutan merdeka, sampaikan ada organisasi menganjurkan koncert2 artist yang besar dan 'hebat' semata-mata nak kehangatan sambutan tu.

Merdeka yang difahami oleh majoriti masyarakat kita adalah memperingati pihak yang telah berjasa untuk memberi kemerdekaan kepada negara ini. Tapi, macam tu ke nak memperingati pejuang2 kemerdekaan???

Anyho...
tidak salah untuk kita memperingati pejuang2 keerdekaan. Tapi, sekadar memperingati mereka, mungkin faktor yang menyebabkan kebanyakkan generasi muda sekarang tidak kesah dgn tarikh 31 Ogos.




Pada pendapat saya, merdeka yang patut kita raikan adalah kemerdekaan umat kita daripada akhlak yang buruk. Begitu juga dengan kemerdekaan umat daripada cengkaman kafir, kemerdekaan diri kita daripada kepentingan duniawi. Kemerdekaan seperti inilah yang kita nak kecapi.

Tidak dinafikan sambutan merdeka juga adalah salah satu cara untuk kita satukan rakyat2 Malaysia. Kita satukan rakyat yang berbilang bangsa ini untuk apa?

Janganlah sekadar nak majukan Malaysia untuk wawasan 2020.

Kita nak rakyat bersama2 bergerak, bebaskan diri daripada Jahiliyyah. Bebaskan saudara kita di Syria, Mesir, Palestin, Rohingya.

Kita merdeka, itulah kelebihan kita untuk membantu mereka.

Walaupun kita tidak dapat ambil senjata dan ikut perang, kita beri kesedaran kat orang sekeliling kita pun adalah satu perjuangan untuk membebaskan saudara2 kita disana InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment