Sunday, September 15, 2013

Kekejaman Disebalik Penubuhan Negara Israel Part 1


"There was no such things as Palestinians. They never Existed"-Golda Mayer (PM Israel ke-4)

Itulah kata yang diucapkan oleh Golda Maier, Perdana Menteri ke-4 'negara' Israel. Pejuang2 yang berada di Palestine yang setiap hari berusaha untuk mengembalikan tanah barakah ummat Islam di hina sebegitu rupa oleh bangsa yang tidak sedar diri itu.





Mungkin kali ini anda perlu membaca fakta sedikit, harap bersabar ^^
Kita lihat kembali, di mana semua kekejaman ini bermula....

Yahudi pada awalnya, adalah bangsa yang dihina dan ditindas di Eropah. Mereka tidak berasal dari mana2 tempat pun pada masa itu. Oleh sebab itu, mereka rasakan perlunya mereka mempunyai negara mereka sendiri.

Theodore Herzl, adalah tokoh yang memainkan peranan penting dalam idea penubuhan 'The Jewish State' di Palestine. Untuk merealisasikan satu impian yang besar ini, Herzl mengepalai satu gerakan yang dipanggil Zionis.

Kemudian, Berlakulah persidangan Zionis yang pertama 28-30 Ogos 1897.
Tujuan persidangan tersebut adalah untuk membincangkan hal pembentukan negara Yahudi di Palestin dalam tempoh 50 tahun. Antara keputusan yang dicapai adalah:
1) pendudukan Yahudi secara terancang di Palestin.
2) Menyusun gerakan Yahudi di seluruh dunia
3) Membangkitkan kesedaran Yahudi di seluruh dunia.
4) Mengusahakanpendekatan ke pelbagai negara untuk mendokong gerakan Zionis

Persidangan ini menandakan titik permulaan era baru bagi orang Yahudi dan titik kejatuhan bagi umat Islam.
Selepas beberapa persidangan, Deklarasi Belfour telah digubal dan diluluskan oleh British pada 2 November 1917 yang mengiktiraf usaha penbentukan negara haram yahudi di Palestin.
Sokongan daripada US dan British memberi kekuatan kepada Yahudi untuk mencapai impian mereka.

Tidak lama selepas itu, tahun 1918, British dan Pakatan Nasionalis Arab telah berjaya menjatuhkan kerajaan Khalifah Uthmaniyah dan seterusnya menjajah Palestin. Berlakulah penghijrahan orang Yahudi beramai-ramai ke Palestin.

Cerita lanjut mengenai Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah Terakhir:

15 Mei 1948 digelar sebagai Malapetaka 1948, adalah tarikh pengisytiharan negara haram Yahudi. Tidak cukup dengan itu, rakyat asal Palestin dihalau keluar dari tanah yang diduduki oleh nenek moyang mereka.

Bagi yang dulu merasakan tiada keperluan untuk memperdulikan abang dan kakak kita di sana, Think again.
Kalau kita dalam situasi mereka, dihalau dari rumah sendiri, dan saudara seislam kita hanya berdiam diri, malah memberi sumbangan lagi kat orang yang menghalau kita (via McD), bagaimana perasaan kita?

Rancangan 50 tahun, memang betul 50 tahun selepas itu mereka berjaya mewujudkan 'negara' di Palestin.

Kalau nak dijatuhkan, perlu ada juga perancangan dan bukannya membabi buta.

Pray for them and Pray for our Unity 



Wednesday, September 11, 2013

I SUPPORT R4BIA! PRAY4PALESTINE! I.... zzzzz~~~

Assalamualaikum!

Saya percaya, anda sudah tentu mempunyai FB or Twitter account kan... Mesti banyak melihat rakan2 yang menggunakan DP R4BIA, Pray for Palestine, Save Syria and so on. Jangan2 anda juga salah seorang daripada mereka. Haaaaa.

Jangan risau atau bimbang, saya bukan nak cakap tak boleh. Malah saya berbangga dan berterima kasih kepada mereka yang melakukan demikian. Mungkin ada yang beranggapan "kalau setakat tukar DP, nak tolong apa?"

Jangan anda peduli kata2 orang camtu. Mungkin mata mereka dikaburi oleh keindahan dunia yang dianggap lebih penting daripada keadaan saudara kita di sana.

Bagus, kerana anda ambil tahu mengenai isu2 ini dan juga meluangkan masa untuk membaca post2 yang di upload oleh page2 yang anda 'like' ^^

Pilu jugak hati ini,

Setelah azan Asar berkumandang, terdapat segelintir or kebanyakkan daripada kita yang tidak mengendahkan seruan Illahi kerana 'khusyuk' sangat mengupdatekan diri  ataupun terus mengupdate status anda mengenai situasi saudara seislam di sana. Lebih teruk lagi, sehingga terlepas waktu solat. Astaghfirullah!

Jangan kita lupa apa yang lebih penting daripada saudara kita di sana,

Hubungan kita dengan Allah. Semua yang berlaku di sana adalah atas kehendak Allah.

Mungkin saudara kita di sana diserang oleh zionis dan sekutunya dengan bom dan peluru hasil sumbangan McD (iklan)
Tapi, kita di sini, hati kita diserang oleh syaitan. Hasutan syaitan itu lebih bahaya daripada gas kimia beracun.

"Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka (orang-orang yang telah diberi taufik untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah).” (Surah Shaad: 82,83)
Kalau kita mati dibunuh ketika berjihad di jalan Allah, insyaAllah Syurgalah gajarannya.
Tapi, kalau kita mati dalam kesesatan....

Jangan sesekali kita leka. Hasutan syaitan tidak akan berhenti untuk melekakan kita. Mungkin ada masa kita rasa semangat juang islam kuat hingga rasa nak perang sekali kat Palestin.

Syaitan sudah berpengalaman selama beribu-ribu tahun dalam teknik menyesatkan manusia. Bila kita terleka sedikit, masa itulah Syaitan beraksi.

Tidak salah untuk kita bersemangat memberi sokongan kepada saudara kita di sana. Jangan sesekali kita lalai sehingga kita jauh daripada Allah. Mati dalam kesesatan lebih teruk daripada terseksa akibat racun kimia. 

Pray for our brothers and sisters and for ourselves. Semoga sama2 kita dapat bersama-sama bergembira di Syurga nanti. InsyaAllah :)



Monday, September 9, 2013

Kalau berjalan tak cukup, LARI!!!

Assalamualaikum abg kakak seakidah sekalian!

Pernah tak kita fikir macam mana nak buat kek? Bagi yg tahu tu tahniah lah. Saya sendiri pun tak pandai. Heeee~

Mak suruh kita buat kek satu hari tu. Tapi kita just sekadar hancurkan telur untuk buat kek. Jadi ke kek kita? Boleh ke kita umumkan kat semua yang kita buat kek?

Hahahhahah.. NO!!

Bayangkan...
Esok anda ada kelas pukol 8am. So, kita dh set 3 alarm untuk kejutkan kita. Kita dh sediakan air botol kat sebelah untuk cuci muka bila bangun. Pagi sudah tiba n tngok jam dh pkol 745pagi. Sampai kat kelas pastu kene tangkap cikgu..

Usaha nak bangun awal dh banyak. Tapi, boleh ke kita cakap kat orang kita sampai on time? NO WAY MEHH!! If youre late, than YOU'RE LATE!!

Begitu jugak dengan mengerjakan kewajipan kita.

Kalau pakai tudung singkat n transparent, kira tak tutup aurat lah kak..

Kalau pakai seluar 3suku pastu nampak lutut bila angkat kaki sikit, kira tak tutup aurat lah bro.

Kalau nak umum kat org kita dh tutup aurat, bagi full kan syarat tutup aurat dulu, baru la boleh. Kalau nak pakai laboh ke apa, tu baru pilihan.

Solat 5 waktu pun camtu gak, jaga hubungan laki perempuan, dan banyak lagi kewajipan yang kita tak boleh ambil ringan.

"Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki dengan BERGEGAS dia berkata: "Wahai kaumku! Ikutilah utusan2 itu."" Yasiin:20

Jika berjalan tak cukup, berlarilah! InsyaAllah Allah akan memberkati dan membalas segala usaha yang kita lakukan. Kalau bukan di dunia, di akhirat nanti :)

Sunday, September 8, 2013

Hidup di Roda Ferrari. Vroooom!

Assalamualaikum!

Kali ini, saya bukan nak kongsi cerita pasal kereta. Heheee

Nak cerita pasal realiti hidup yang kita selalu lupa dan tidak jelas di mata kita.

Saya selalu mumbling seorang dalam kelas atau bersama rakan.

"Hidup ini ibarat roda.. ada kala kira kat atas.. ada kala kita kat bawah.. Bila kita berada di bawah, baru kita sedar betapa tinggi nya langit dan betapa rendahnya bumi."

Kalau kita ada seorang kawan yang couple2, dh lh dh join usrah, dh di beri ceramah, still jugak dengan perbuatan itu.. some of us akan kata "dh tau macam2 dalam agama pun still buat jugak? Mmg terok lh kau!"
"Aku dengar ceramah pasal couple haram sekali je, trus xbuat lagi"

Tapi kita lupa, patut ke kita samakan diri kita dengan org lain?
Kalau dia ssh nak trima, mungkin hidayah x sampai lagi, maybe dirinya sebelum ni terlalu jahil sehinggakan sukar untuk diubah dgn ceramah je..

Ataupun ada seorang rakan selalu datang lewat ke kelas walaupun dah dimarah berkali2. "Keras kepala betul lah budak tuh" kita cakap..

Boleh jadi dia mmg x biasa bgn awl and sukar untuk diubah. Kalau kita yg dh biasa bgn solat tahajud awl2 tu, mcm mana nak banding dgn rakan kita yg tak biasa bangun awl. Bila satu hari nnti kita dh biasa bgn lewat, baru kita sedar betapa sukarnya nak bangun awal.

Jgn tunggu bila kita sudah berada dalam kondisi yang sama baru nak faham kenapa rakan kita mcm tu..

Daripada kita pi maki org, baik kita cari jalan untuk membantu atau paling kurang pun kita berdoa semoga dia dapat hidayah dan dipermudah segala urusan. InsyaAllah Allah akan beri hidayah jugak kepada kita jugak nnti.

Ada satu hadis yg lebih kurang bermaksud
"Barang siapa yang mendoakan kebaikkan kepada orang lain dalam keadaan orang itu tidak mengetahui, maka akan diberi jugak kebaikkan itu kepadanya"

So, ubah pemikiran kita ke arah kebaikkan!

Saturday, September 7, 2013

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA??

Assalamualaikum!!
Tajuk pun macam dah tak validkan. Seminggu dah 31Ogos berlalu.

Walaubagaimanapun, saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya mengenai merdeka.

Entahlah, semakin meningkat usia ni, semakin lemah rasa nak sambut merdeka. Bukan saya sorang je, even yang kat luar pun semakin obvious nampak. Masa kecil2 dulu, bukan main semangat semua orang bila dekat2 dengan 31 Ogos. Kerata sampai tak nampak lagi windshield sebab nak letak bendera. Sekarang.....
Bagi menutup kehambaran sabutan merdeka, sampaikan ada organisasi menganjurkan koncert2 artist yang besar dan 'hebat' semata-mata nak kehangatan sambutan tu.

Merdeka yang difahami oleh majoriti masyarakat kita adalah memperingati pihak yang telah berjasa untuk memberi kemerdekaan kepada negara ini. Tapi, macam tu ke nak memperingati pejuang2 kemerdekaan???

Anyho...
tidak salah untuk kita memperingati pejuang2 keerdekaan. Tapi, sekadar memperingati mereka, mungkin faktor yang menyebabkan kebanyakkan generasi muda sekarang tidak kesah dgn tarikh 31 Ogos.




Pada pendapat saya, merdeka yang patut kita raikan adalah kemerdekaan umat kita daripada akhlak yang buruk. Begitu juga dengan kemerdekaan umat daripada cengkaman kafir, kemerdekaan diri kita daripada kepentingan duniawi. Kemerdekaan seperti inilah yang kita nak kecapi.

Tidak dinafikan sambutan merdeka juga adalah salah satu cara untuk kita satukan rakyat2 Malaysia. Kita satukan rakyat yang berbilang bangsa ini untuk apa?

Janganlah sekadar nak majukan Malaysia untuk wawasan 2020.

Kita nak rakyat bersama2 bergerak, bebaskan diri daripada Jahiliyyah. Bebaskan saudara kita di Syria, Mesir, Palestin, Rohingya.

Kita merdeka, itulah kelebihan kita untuk membantu mereka.

Walaupun kita tidak dapat ambil senjata dan ikut perang, kita beri kesedaran kat orang sekeliling kita pun adalah satu perjuangan untuk membebaskan saudara2 kita disana InsyaAllah.

Sunday, July 7, 2013

INIKAH DOSA MURSI YANG MENYEBABKAN BELIAU DIGULINGKAN???

Kenapakah Mursi digulingkan? Adakah kerana perubahan yang dibawa atau kerana kejahatan pihak barat???

1.Dosa Mursi adalah kerana mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pendapatan sebanyak 5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.

2.Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

3. Dosa Mursi adalah membangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

4. Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.

5. Dosa Mursi adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga berpatutan.

6. Dosa Mursi paling besar adalah dia selalu sholat berjamaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org padanya.

7. Dosa Mursi adalah kerana berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.

8. Dosa Mursi adalah karena ia mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.

9. Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.

10. Dosa Mursi adalah krana mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.

11. Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.

12. Dosa Mursi adalah menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi digulingkan oleh sisa-sisakroni Mubarak, liberal, sekular, komunis,.

Mereka kecewa kerana Mursi telah gagal membawa Mesir ke arah kehancuran. [Dari seorang mahasiswa Mesir via Ria Syamil Yuliasari]

Tuesday, June 25, 2013

Peringatan Buat Beloved Bros and Sis: Layak Ke Kita Ke Syurga?

Assalamulaikum Brothers and Sisters yang sangat2 saya kasihi dan sayang!

Oleh sebab itu, saya sendiri ingin berkongsi pesanan yang disampaikan oleh
Allah SWT dalam satu ayat favourite saya :D

Sebelum itu, sudah tentu semua kita sangat-sangat ingin masuk ke syurga. Mengapa? Kerana dalam Al-Quran sendiri ada menggambarkan keindahan syurga yang tidak dapat kita bayangkan dengan akal fikiran kita.

"Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas, dan di dalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal di dalamnya."
(Az-Zukhruf 43:71) 
 Sangat-sangatlah rugi kalau kita terlepas peluang 'Once for a life time' ini. MasyaAllah! Digambarkan juga air sungai yang mengalir di syurga, kalau diminum, rasanya lebih sedap daripada tegukkan yang sebelumnya. Makin diminum, makin sedap! Kalau nak dibandingkan nikmat syurga dan nikmat dunia, mmg tiada bandingannya.

TAPI!

Tengok balik hidup kita. Apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita. Sudahkah kita lakukan usaha yang terbaik untuk mendapat ganjaran Syurga?

"Adakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
(Al-Baqarah 2:214)

Dalam hidup kita, kalau ada ganjaran yang depan mata, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Kalau dalam pertandingan, kita ingin sangat dapatkan piala #1 dan kita sanggup mengorbankan masa berbulan-bulan untuk berlatih supaya kemengan itu dapat dicapai. Semakin berprestej piala itu, makin itulah kita berusaha sehabis baik hingga ke titisan peluh yang terakhir cheh.

Nak dapatkan Syurga?

Bandingkan syurga dengan piala pertandingan? Memang tak dapat!
Kalaulah nak dapatkan piala pertandingan dah macam tu, nak dapatkan syurga apatah lagi!

Orang terdahulu, dalam nak mengejar nikmat syurga, sampai diseksa dengan pelbagai cara. Digergaji separuh badan, disula hidup-hidup, dipanggang atas bara api sehingga bara itu terpadam akibat lemak badan yang cair atasnya. Astaghfirullah! Rasulullah sendiri pun dipulau, digelar orang gila, di baling batu sehingga berkocak darah dalam kasut baginda. :'(

Mereka mengorbankan nyawa mereka untuk mengejar nikmat syurga. Kita? Nak korbankan masa tidur pagi untuk solat Suboh berjemaah pun susah. Nak korbankan masa study untuk solat berjemaah dimasjid pun tak sanggup. Spend masa selepas solat untuk berdoa pun tak dapat. Banyak lagi perkara yang kita tidak mahu korbankan untuk mengejar nikmat syurga.

Kalau kita rasa hidup kita sentiasa rasa senang dan tiada rasa susah, baik kita tengok balik apa yang kita lakukan. "Adakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu..." Jalan menuju ke syurga memang penuh dengan cubaan dan kepahitan. Manakala jalan ke lembah kehinaan dihiasi dengan keindahan palsu.

"...dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk" 
(An-Naml 27:24)
Inilah ayat favourite yang ingin saya kongsi kali ini.

Apa yang saya sampaikan kali ini adalah sebagai renungan buat kita semua dan sebagai peringatan untuk kita perbaiki amalan kita dan berwaspada akan perbuatan berdosa yang kita lakukan.


InsyaAllah