Oleh sebab itu, saya sendiri ingin berkongsi pesanan yang disampaikan oleh
Allah SWT dalam satu ayat favourite saya :D
Sebelum itu, sudah tentu semua kita sangat-sangat ingin masuk ke syurga. Mengapa? Kerana dalam Al-Quran sendiri ada menggambarkan keindahan syurga yang tidak dapat kita bayangkan dengan akal fikiran kita.
"Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas, dan di dalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal di dalamnya."
(Az-Zukhruf 43:71)
Sangat-sangatlah rugi kalau kita terlepas peluang 'Once for a life time' ini. MasyaAllah! Digambarkan juga air sungai yang mengalir di syurga, kalau diminum, rasanya lebih sedap daripada tegukkan yang sebelumnya. Makin diminum, makin sedap! Kalau nak dibandingkan nikmat syurga dan nikmat dunia, mmg tiada bandingannya.
TAPI!
Tengok balik hidup kita. Apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita. Sudahkah kita lakukan usaha yang terbaik untuk mendapat ganjaran Syurga?
"Adakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Dalam hidup kita, kalau ada ganjaran yang depan mata, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Kalau dalam pertandingan, kita ingin sangat dapatkan piala #1 dan kita sanggup mengorbankan masa berbulan-bulan untuk berlatih supaya kemengan itu dapat dicapai. Semakin berprestej piala itu, makin itulah kita berusaha sehabis baik hingga ke titisan peluh yang terakhir cheh.
Nak dapatkan Syurga?
Bandingkan syurga dengan piala pertandingan? Memang tak dapat!
Kalaulah nak dapatkan piala pertandingan dah macam tu, nak dapatkan syurga apatah lagi!
Orang terdahulu, dalam nak mengejar nikmat syurga, sampai diseksa dengan pelbagai cara. Digergaji separuh badan, disula hidup-hidup, dipanggang atas bara api sehingga bara itu terpadam akibat lemak badan yang cair atasnya. Astaghfirullah! Rasulullah sendiri pun dipulau, digelar orang gila, di baling batu sehingga berkocak darah dalam kasut baginda. :'(
Mereka mengorbankan nyawa mereka untuk mengejar nikmat syurga. Kita? Nak korbankan masa tidur pagi untuk solat Suboh berjemaah pun susah. Nak korbankan masa study untuk solat berjemaah dimasjid pun tak sanggup. Spend masa selepas solat untuk berdoa pun tak dapat. Banyak lagi perkara yang kita tidak mahu korbankan untuk mengejar nikmat syurga.
Kalau kita rasa hidup kita sentiasa rasa senang dan tiada rasa susah, baik kita tengok balik apa yang kita lakukan. "Adakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu..." Jalan menuju ke syurga memang penuh dengan cubaan dan kepahitan. Manakala jalan ke lembah kehinaan dihiasi dengan keindahan palsu.
(An-Naml 27:24)
Inilah ayat favourite yang ingin saya kongsi kali ini.
Apa yang saya sampaikan kali ini adalah sebagai renungan buat kita semua dan sebagai peringatan untuk kita perbaiki amalan kita dan berwaspada akan perbuatan berdosa yang kita lakukan.
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment