Friday, April 4, 2014

Music Ni Haram! Kerja Syaitan Semua Inih! Eh?

Assalamualaikum.
There's no grudge, no war, just peace between us.
InsyaAllah.

Tajuk sudah menjadi sangat krontroversi antara pengemar muzik dan pembenci lagha.
Jadi ingin benar saya berkongsi pendapat yang validity cumalah 1/6,000,000,000 populasi manusia.

Aku rindu berjalan di persisiran pantai,
angin meniup membisik ke telinga,
ombak memukul pantai berdesir-desir,
pasirnya putih mencengkam telapak kaki.

Alangkah berderai hati ini,
melihat pantai indah menjadi sampah,
bau hanyir dan menggelikan,
sampah menari dipukul ombak

Rinduku hilang,
hati membenci,
dan ku tinggalkan semuanya,
tidak sanggup ku melihatnya lagi.

(sajak spontan ala-ala)

Begitulah keadaan kita sekarang,
Masalah dia bukan pantai itu kotor,
Tapi orang yang so called 'bersih', 'suci' tidak mahu mengotorkan tangan untuk membersihkan.
Orang yang kotor pulak pergi terus bermandi dalam lumpur,
Siapa yang nak bersihkan?

Mandilah sebersih manapun,
kalau kita biarkan tempat tinggal kita kotor,
bolehkah kita gelar diri kita sebagai 'Pembersih'?


Ana sendiri pernah merasa berada dalam kelompok music fanatic ni,
as if music inilah the only thing yang dapat mengisi kekosongan jiwa,

Alangkah silapnya aku meletakkan sesuatu selain Allah dalam hati,
Setelah ku sedar kesilapan ini,
ku tinggalkan semuanya, tidak sanggup berhadapan dengan bunyi-bunyian yang mewujudkan perasaan palsu dalam hati.

Lagu cinta,
membuat hati terasa akan keindahan cinta kepada si dia,
keindahan yang palsu hadir melalui muzik dan lirik,
membuak-buak cinta ini,
sehingga ku lupa akan keindahan cinta sebenar,
Cinta Illahi!

Ya! Cinta Illahi!
Itulah dia cinta yang patut wujud dalam diri,
Jika muzik boleh mewujudkan perasaan cinta kepada si dia,
Muzik sudah tentu boleh mewujudkan perasaan cinta kepada Nya,
Perasaan bersemangat untuk berjihad atas jalan Nya

Kalau muzik boleh mengumpul jutaan pemuda untuk berhibur lagha,
Sudah tentu muzik boleh menggumpul jutaan jiwa pemuda untuk mengingati-Nya.


Jadi,
sebelum kita nak merungut sampah bertaburan,
lihat diri kita, sudahkah kita mengutip sampahnya?
Atau terus menghina sampah itu dengan harapan lantai akan bersih sendirinya?

Mohon terasa,
Kalau tak terasa, nampaknya penulisan ana masih lemah dan tidak mampu menyampaikan
Kalau terasa, mohon muhasabah diri,
Tidak mahu bercakap panjang,
biar hati mu sendiri bercakap.

Between us,
There's no grudge, no hate, no fight, just Peace
Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment