Selesai solat jemaah, ku lihat wajah imam yang mengetuai solat tadi.
Ah.. muka nya cerah, tenang, walaupun umur sudah mencecah 80an
Hendak membuka kitab fikh, terketar-ketar tangan beliau.
khusyuk benar ku mendengar ilmu yang disampaikan.
Tiba2 dua lelaki tegap masuk ke masjid dan menarik tangan imam tadi.
Terjatuh cermin mata wali Allah yang tak berdosa
Jemaah lain hanya memaki hamun perbuatan mereka.
2 lelaki tersebut mengheretnya ke lori banduan.
Jemaah lain tidak bertindak.
Duduk terpaku.
Menjadi penonton.
Mana perginya PEMUDA-PEMUDA!?
"Apa boleh buat, mereka itu polis"
Kita lebih takutkan pangkat dan kuasa manusia
Di mana kita patut BERANI kerana kita berada di atas HAQ (Kebenaran)
"Dan katakanlah: 'Yang haq telah datang dan yang batil telah lenyap' Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." -(Al Isra: 81)
..................................................................................
Imam tadi ibarat islam, yang mengajar kita untuk hidup dengan cara yang sepatutnya.
2 lelaki polis ibarat musuh islam, yang datang mencabar dan menyerang islam.
Jemaah, diri KITA.
Adakah kita ini golongan yang hanya duduk melihat Islam diperkotak-katikkan?
Golongan yang hanya menghambur caci maki kat musuh islam tanpa berbuat apa-apa?
Ataupun golongan yang berdiri dan bersedia untuk syahid di atas jalan-Nya?
Kalau seorang je yang berdiri dan menyerang polis tadi, sudah tentu seorang itu turut kena tangkap.
Tapi, kalau semua jemaah bangun...
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
As-Saff:4
Nescaya islam tidak dapat dikalahkan.
Bergeraklah bersama saudara-saudara seislam mu.
Jadilah kita seperti pemuda yang digambarkan Imam Hassan Al-Banna
Pemuda yang YAKIN akan jalan perjuangan ini!
Pemuda yang IKHLAS hati berjuang untuk Islam!
Pemuda yang BERSEMANGAT untuk beristiqamah dalam perjuangan!
Pemuda yang BERTINDAK dan bukan sahaja penuh kata2 di mulut.
Bangkitlah Wahai Pemuda!
Pemuda segagah Umar Al-Khattab!
Pemuda berkepimpinan seperti Salahuddin Al Ayyubi!
Persiapkan dirimu dengan ILMU,
BACAlah! Seperti mana Allah telah perintahkan dalam surah yang pertama.
BerAMALlah seperti seperti esok adalah hari mati mu.
Bukan nak cakap diri ini bagus sangat, sekadar peringatan diri dan bros and sis di luar sana.
Dipersilakan share.
InsyaAllah bermanfaat kepada semua.
Assalamualaikum (Peace be Upon You)
-inspirasi daripada novel Syabab Musafir Kasih by Fatimah Syarha-