Maaf sekiranya terlalu lama juga sudah tidak buat post baru. Actually Im in the mid of exam season :P
Anyway, ana bersyukur benar2 kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis (atau type) post yang ana rasa sangat menarik! Memandangkan ana sebelum ini tidak tahu sngt kisah2 Rasulullah, ana rasa BERSALAH kerana Nabi Muhammad SAW sangat2 MENYAYANGI ummatnya, termasuklah EVERY SINGLE ONE of us. Walaupun sudah berada dihujung hayatnya, baginda seringkali menyebut "ummatku, ummatku..."
Agak sedihlah sekiranya diri kita tidak mengenali org yg merindui kita walaupun kita belum lahir lagi.
JOM kita sama2 berusaha untuk mengenali Rasulullah dgn lebih mendalam! InsyaAllah, bnyk pengajaran yang kita akan dapat. At the same time, dpt melahirkan rasa cinta kita kepada baginda Muhammad SAW :)
This first post on "JOM Kenali Rasulullah! " I like to share maybe a bit, about Peristiwa menarik kelahiran Muhammad.
Sebelum Kelahiran Muhammad
1. Sebelum kelahiran Muhammad, Aminah (ibunya) telah didatangi oleh Nabi Adam dalam mimpinya dengan berkata, namakanlah anakmu itu dengan nama Muhammad.. setiap bulan sehingga bulan kesembilan.
Malaikat juga datang ketika Aminah sedang tidur dengan mengatakan beliau sedang mengandungkan seorang nabi dan Penghulu seluruh umat manusia. Cahaya daripada wajah Abdullah pun berpindah ke wajah Aminah.
2. Ketika Nabi Muhammad dimasukkan dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan pintu syurga Firdaus dibuka dan memberitahu kepada seluruh penduduk langit dan bumi. Pada masa itu tanah kering semuanya jdi subur. Pokok berbuah dengan lebatnya.
3. Ketika inilah berlakunya serangan tentera bergajah yg diketuai oleh Mahmud. Bila dh dekat nak sampai tu, gajah tersebut berhenti dan patah balik dengan izin Allah. Masa itulah burung Ababil menghapuskan tentera tersebut seperti dalam surah Al-Fill.
4. Aminah juga bermimpi.. Ketika beliau menadah tangan ke langit, malaikat turun seperti kapas putih yang terapung di angkasa. Malaikat pun berkata:
"Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi PENOLONG dan PEMBEBAS Manusia. Namakan dia Ahmad."Tanda-tanda sebelum kelahiran Muhammad ini jelas menunjukkan darjat Nabi Muhammad ini jauh, jauh lebih tinggi daripada Nabi Musa dan Nabi Isa. Keadaan ini juga dinyatakan dalam Kitab Injil dan Kitab Taurat.
Mari kita dengar apa pulak yang berlaku semasa kelahiran Nabi.
Semasa Kelahiran Muhammad
Pagi subuh pada hari kelahiran Muhammad, seluruh Kota Makkah dan sekelilingnya dapat merasakan ketenangan. Dengan angin yang bersepoi-sepoi. Seluruh alam seperti menyambut kehadiran tetamu agung.
Kelahiran nabi telah menyababkan terpadamnya api keramat kaum majusi di kuil-kuil yang telah menyala selama seribu tahun.
Tiang-tiang utama istana Qisra Rumawi bergoncang hingga menyababkan menaranya roboh.------->
Cahaya dari tubuh Muhammad terpancar sehingga kelangit dan semua tempat yang dilaluinya.
Subhanallah! Memang terserlah keagungan Baginda Muhammad. Dengan perkongsian yg sedikit ni, ana harap ana dapat menarik minat antum untuk mengenali pemberi syafaat kita nanti.
Bukan nak promote or what, sumber yang ana peroleh ni is from "Biografi Rasulullah SAW" by Rusydi Ramli Al Jauhari. (2012). The book is really, as in really interesting! They even have the pictures of selipar Rasulullah, tudung Saidatina Aisyah and even janggut Rasulullah. Its not that we must see.. just want you guys to be curious, thats all :)
Until next time! Assalamualaikum! :D
No comments:
Post a Comment