Walaupun ada yang tak pernah bertemu, tapi rasa rindu kat semua.
Pernah dengar tak syndrome ini, serious tau..
Sila hubungi doktor kalau anda mengalami syndrome-syndrome tersebut:
Mandi tak basah,
Makan tak kenyang,
Tidur tak lena,
Macam mana nie???
Inilah dia Syndrome Jatuh Cinta
Bagi yang tak pernah merasa, jangan mengada-ngada cuba nak bekapel.
cubit pipi gebu tu nanti baru tau (yang muhrim je)
Ana tak pernah menafikan
bahawa perasaan cinta itu memang fitrah setiap makhluk yang bernama manusia.
Yang lelaki akan jatuh cinta kepada yang hawa
Yang hawa pulak akan jatuh kepada kaum Adam.
Jangan jatuh tangga sudaa.
Masalah yang paling besar sekarang adalah,
perasaan cinta itu tidak diurus dengan cara yang sepatutnya.
Syarikat Mulitinational pun perlukan Manager,
apatah lagi hati kecil yang kehausan cinta ini.
Menjadi lebih besar masalah ini kerana
kebanyakkan boys and girls terpengaruh dengan so called 'trend' yang salah.
Nabi cakap ikut Al-Quran dan Sunnah
Yang kita pi ikut drama lakonan Enche Arrogent tu kenapa
Tambah lagi dengan parents yang spoting,
"Alaa, anak kita dah besar"
tak kisah langsung anak kluar dengan siapa dan mana mereka pergi
spoting, spoting jugak,
tapi batas Syara' jangan main rempuh je.
Yang masih bergelar anak kepada ibubapa pulak
jangan merajuk taknak makan kalau parents tak habis-habis call, watsapp, poke
nak tanya mana korang masa berjalan-jalan dengan kawan.
Bersyukurlah kerana parents antum sangat perihatin terhadap antum.
Mintak maap kat parents kalau pernah maki mereka kerana call.
Kalau dah ada anak sendiri nanti baru tahu.
Chill2, ana di sini bukan nak marah,
tapi nak bagitau hakikat manusia sekarang suka ikut bende2 kat tivi ni
Baik buruk betul salah semua di'NGAP' sekali gus (GO NGAP SAYOT)
Ni Solution yang ana buat sendiri hasil pembacaan beberapa penulisan novel islamic by Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi.
1) Ada certain couple ni cakap "Bukan nak cari jodoh kena berusaha ke? Tengah berusahalah ni"
Eh? Berusaha menjadi orang yang soleh dan solehah tak nak pulak =.=
Wanita-wanita yang jahat untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat adalah untuk wanita yang jahat pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
(Qs. An Nur:26)Taknak ke kita bernikah dengan pasangan yang akan membimbing kita ke Syurga dan bercinta selamanya di sana?
Ataupun kita nak bernikah dengan pasangan yang playboy dan mata keranjang?
"Tapi dia hensem, Tapi dia macam comel je"
Jangan terkezzut kalau dah nikah nanti dia pi buat tak senonoh kat isteri or suami orang lain.
2) Kalau betul nak cintakan seseorang, cintailah seseorang itu kerana agamanya.
Kecatikkan dan Kehenseman juga penting dalam memilih pasangan cinta,
Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
(HR Muslim dan Bukhari)
Tapi, Islam menitik beratkan agama sebagai ciri memilih pasangan
walaupun bukan semua orang yang mempunyai physical yang cantik,
tapi semua orang mampu untuk mencantikkan agamanya :)
Yang rasa diri tak cantik dan hensem tu jangan pulak down,
Cantik kat sini bermaksud yang memberi ketenangan kat hati seseorang tu,
Baru tengok sikit je, terus padam api kat hati tu.
Bukannya muka kena jadi macam Miss Universe.
Plus, kalau bercinta kerana cantik kulit muka semata-mata,
benda tu tak kekal,
kalau dah berkedut nanti, cinta pun turut hilang bersama kecantikkan itu.
Kalau cinta kerana Iman dan Ketaqwaan kepada Allah,
Allah kekal, insyaAllah cinta kepada pasangan kita pun akan kekal selama-lamanya :')
3)Bagi lelaki yang berminat sangat-sangat kat akhawat (perempuan) ni,
Lelaki yang benar-benar mempunyai perasaan terhadap akhawat,
check dulu hati, takut-takut perasaan itu datangnya daripada nafsu semata-mata.
Kalau nak sangat berkenalan, jangan direct gitau depan2, (kononnya macho, puiii!)
amatlah digalakkan untuk bertanya kepada rakan2 sekelas,
adik beradik, kalau mantap lagi, tanya trus kat mak ayah nya. (Salute)
Akhawat pulak, kalau nak tahu lelaki tu betul2 setia ke tak,
kalau dia ajak kapel, fikir dalam-dalam dulu,
Kalau betul-betul dia cintakan anti (awak), dia takkan jebakkan anti dalam lembah maksiat.
Kalau akhwat pulak yang cintakan seorang akhi, jangan pulak bermanja-manja depan dia,
Lelaki soleh pun boleh tergugat iman.
4) Kalau masa ini masih fokus kat study dan masih lama lagi nak grad...
Nasihat daripada ustaz yang ana amat sokong adalah
Bercinta dengan Ilmu dahulu.
Datinglah dengan ilmu sebanyak mungkin
At the same time, ikhlaskan niat study untuk Allah.
Kalau dah graduate dengan jayanya, sukar orang nak tolak pinangan,
Plan ahead memang digalakkan
tpi bukan sampai tengok Periodic Table pun nampak muka dia je.
Kalau masih terlalu ingin nak bernikah awal, berbincanglah dengan parents and ustaz ustazah
Jangan trus nak kapel-kapel.
Cubit pipi gebu tu baru tau (yang muhrim je)
Ini bukanlah guideline yang sepatutnya antum ikut,
ini sekadar idea-idea dan cadangan yang ana sendiri rasa the best (personally)
Islam bukan nak menyekat pasangan untuk menjalinkan hubungan,
Tapi Islam nak hubungan kita dengan pasangan kita nanti diberkati Allah.
Mahukah kita bernikah dalam keadaan Allah murka kat kita?
Bonus) Kalau orang dah datang meminang?
Yang datang meminang bukan lelaki je tau,
Perempuan pun boleh, seperti Saidatina Khadijah melamar Rasulullah.
Kalau kejadian di atas berlaku kat antum,
jangan terus terima, jangan terus menolak mentah2
Beristikarah dulu.
InsyaAllah, Allah akan memberi petunjuk kepada kita.
Dia Maha Mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.
Kalau ada kawan-kawan yang mengalami syndrome ini,
Sharelah kat dia.
Kesian dia, mandi pun tak basah.
Ingatlah untuk mencintai Allah,
Cintalah kepadaNya lebih daripada mencintai segalanya.
Im telling you this not because im perfect, im far worse than that.
This is just a reminder for me, and you, and others so that we can improve our ibadah to Allah SWT
InsyaAllah
^.^
Video ceramah Ustzh Fatimah Syarha. Fahami, dan buka mata hati kita. :)